Connect with us

Oh! Media

Keluar BAM Bukan Sebab Duit, Lee Zii Jia Akui Terima Gaji RM8k Sebulan

lee zii jia

Trending

Keluar BAM Bukan Sebab Duit, Lee Zii Jia Akui Terima Gaji RM8k Sebulan

Kita masih menantikan nasib pemain perseorangan badminton negara Lee Zii Jia yang memutuskan untuk keluar dari BAM. Pihak BAM sebelum ini menyatakan akan mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan keputusan yang dibuat pemain muda ini.

ADVERTISEMENT

BACA: Tak Sokong Tinggalkan BAM, Tak Juga Minta Terus Kekal, Ini Nasihat Lee Chong Wei Buat Zii Jia

Sementara menanti keputusan itu, kami ingin kongsikan pengakuan dari Zii Jia sendiri yang mengatakan keputusan untuk keluar dari BAM tidak ada kena mengena dengan wang ringgit.

Lee Zii Jia akui terima gaji bulanan RM8,000

Saya enggan menjelaskan terlalu banyak perkara ini, ramai yang mengeluarkan andaian bahawa ia mengenai wang yang lebih lumayan menjadi punca saya tinggalkan BAM. Saya tidak boleh mengulas panjang buat masa ini, selepas BAM membuat pengumuman, saya akan memberikan penjelasan.

Zii Jia turut menyatakan rakannya, Lai Pei Jing ada menasihatkan untuk kekal bersama BAM kerana memiliki fasiliti terbaik dan sukar untuk bergerak sebagai pemain profesional. Apapun Zii Jia nantikan keputusan yang akan dibuat BAM.

Dalam pada itu, Zii jia akui tidak dapat puaskan hati semua peminat sukan badminton negara dan berharap segalanya berjalan lancar.

Pada jam 4 petang ini, Astro Arena dikatakan akan ada sesi khas bersama Lee Zii Jia dalam menjawab segala persoalan dan apa sebenarnya yang berlaku. Sama-sama kita nantikan.

Kredit: Astro Arena

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas