Connect with us

Oh! Media

“Kelonggaran Baru Akan Diumum Dalam Masa Terdekat” – Hishammuddin Hussien

Hishammuddin Hussien

Trending

“Kelonggaran Baru Akan Diumum Dalam Masa Terdekat” – Hishammuddin Hussien

Kerajaan akan memaklumkan beberapa kelonggaran baru yang berisiko rendah dan perkara ini dikatakan sendiri oleh Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

ADVERTISEMENT

BACA : Kelonggaran Rentas Negeri Akan Diumum Esok?

Menurut laporan Harian Metro, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri yang akan membuag pengumuman kelonggaran tambahan bagi sektor sosial dan ekonomi itu dalam masa terdekat.

Hal ini berikutan kerajaan memahami tekanan, kepenatan dan kelesuan masyarakat yang dah lama terperap dalam rumah akibat wabak yang melanda disebabkan perkara ini boleh menjejaskan kesihatan mental.

Sebelum kelonggaran berkenaan diumumkan, kerajaan akan melakukan penilaian tahap risiko jangkitan wabak dan sekiranya ia memenuhi syarat serta kriteria ditetapkan, kerajaan bersedia membenarkan pelaksanaannya.

Semalam, Hishammuddin memaklumkan yang beliau bersama 3 menteri lain iaitu Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin; Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa mengadakan satu perjumpaan bagi membincangkan hal ini.

Sekiranya kelonggaran baru dah dimaklumkan nanti, kita semua jangan lupa untuk patuh SOP yang telah ditetapkan kerajaan ya.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas