Connect with us

Oh! Media

Keluarga Pemandu Myvi Maafkan Pemandu Kelisa Lawan Arus Atas Sebab…

Trending

Keluarga Pemandu Myvi Maafkan Pemandu Kelisa Lawan Arus Atas Sebab…

Viral di Twitter dan Facebook rakaman video sebuah kereta Kelisa memandu lawan arus di Lebuhraya Kemuning Shah Alam (LKSA) semalam.

ADVERTISEMENT

Dalam video tersebut, Kelisa tetap teruskan perjalanan walaupun dah dibunyikan hon oleh pemandu lain. Semua kereta sanggup tukar ke lane lain untuk mengelak daripada bertembung dengan Kelisa tu. Tapi last-last, berdentum juga dengan sebuah Myvi yang tak sempat mengelak.

Menurut Kosmo!, sebelum bertembung dengan Myvi, Kelisa ni juga telah menyebabkan sebuah Honda City terbabas dan terbalik di Kilometer 3.1 lebuh raya berkenaan. Pemandu Honda City tersebut cedera dan dah dibawa ke Hospital Columbia. Manakala pemandu Myvi dan Kelisa tak menghadapi sebarang kecederaan.

Difahamkan, pemandunya dah pun berusia 73 tahun. Pakcik tu tersalah masuk jalan ke LSKA waktu nak on the way ke Tesco. Sebab tak ada kad TnG, dia sanggup berpatah balik dan memandu lawan arus.

Alahai, pakcik. Tapi, takpelah. Ohmedia pun taknak buat spekulasi sendiri. Biarlah pihak polis yang selesaikan kes ni. Pemandu Myvi tu sendiri pun dah maafkan pakcik ni. Jadi, tak perlulah kita nak melebih-lebih memberi komen.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas