Connect with us

Oh! Media

“Kelakuan ‘Kerek’ Seperti Dilatih” – Sanusi Sekali Lagi ‘Cuit’ JDT

Trending

“Kelakuan ‘Kerek’ Seperti Dilatih” – Sanusi Sekali Lagi ‘Cuit’ JDT

Sebelum ini, Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor pernah menarik perhatian masyarakat tempatan mengenai ‘drama’ bola sepak tanah air.

ADVERTISEMENT

BACA: “Well done! Kalau Nak Diet Hubungi, Saya Ajar” – TMJ Hubungi Terus Menteri Besar Kedah Berkenaan Gaji Pemain

Hal itu selepas beliau saling membalas kenyataan dengan pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengenai pertembungan pasukan Kedah melawan JDT pada suku akhir Piala Malaysia pada minggu yang lalu.

Ia bermula dengan sindiran daripada Tunku Ismail mengenai isu tunggakan gaji pasukan Kedah sebelum dinafikan oleh Sanusi dan menegaskan pasukannya telah membayar gaji pemain.

Lebih menarik, Menteri Besar Kedah itu sempat mengeluarkan kenyataan mengenai diet sebelum berlakunya kiriman bunga dan set makanan segera daripada pemilik JDT itu.

‘Lama berdiam’, Sanusi sekali lagi ‘cuit’ JDT

Tidak berhenti setakat itu, ahli politik itu sekali lagi mencuri perhatian apabila dengan bersahaja mencuit pasukan JDT mengenai isu kekasaran pemain pertahanan kelab tersebut.

Menurutnya dalam sebuah hantaran di Facebook baru-baru ini, beliau mendakwa pemain skuad itu seolah-olah dilatih bersikap sombong terhadap pemain pasukan lain.

Kelaku depa (pemain JDT) ini seperti dilatih supaya ‘kerek’ dengan pemain pasukan lain seolah-olah pasukan lain dalam kelas (kasta) lebih rendah.

‘Kerek’ adalah istilah lain bagi bongkak yang dibina terutama dalam kalangan pegawai dan pemain import atau naturalisasi yang besar kepala.

Selain itu, beliau juga turut berkongsikan pautan sebuah akhbar mengenai pandangan Tenaga Pengajar Bahagian Teknikal Pengadil, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Subkhiddin Mohd. Salleh.

Pandangan itu mengenai tindakan pemain pertahan JDT, Shane Lowry yang mengasari Jordan Mintah dalam perlawanan separuh akhir Piala Malaysia baru-baru ini.

Tindakan cetus perdebatan, Lowry boleh dikenakan hukuman berat

Menurut Subkhiddin, tindakan pemain import dari Australia itu mampu dikenakan hukuman yang berat oleh sebab insiden itu berlaku sewaktu keadaan out of play.

Hal itu selepas pemain itu meluru ke arah Mintah sebelum bertindak menarik baju dan menolak pemain asal Ghana itu yang ketika itu sedang terbaring.

Kekasaran itu bagaimanapun tidak mendapat sebarang kad amaran daripada pengadil yang bertugas ketika itu sehingga mencetuskan perdebatan peminat bola sepak tanah air.

Kredit: Utusan Malaysia I YouTube

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas