Connect with us

Oh! Media

Kedai ‘Akak Air Buah’ Kembali Meriah, Jadi Persinggahan Geng RXZ

Akak Air Buah

Trending

Kedai ‘Akak Air Buah’ Kembali Meriah, Jadi Persinggahan Geng RXZ

Pasti ramai yang mengetahui tentang sebuah kedai makan yang pernah viral di Setiu, Terengganu oleh kerana seorang pelayan air buah dikenali sebagai Darlene yang menjadi tumpuan orang ramai.

ADVERTISEMENT

Setelah sekian lama menyepi, kini kedai tersebut kembali meriah apabila dijadikan tempat persinggahan geng motosikal selepas menyertai program ‘Members of RXZ’.

Difahamkan, rata-rata peminat permotoran dan pemilik motosikal RXZ dari seluruh pelusuk Malaysia, Singapura dan Thailand mula turun ke Terengganu bagi menyertai program yang diadakan secara besar-besaran itu.

Meninjau di ruangan komen, perkongsian video itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai, ada yang bergurau mengatakan tindakan mereka menjadikan kedai itu sebagai tempat persinggahan seperti sengaja mencetuskan ‘perang’.

Ambik video banyak-banyak… ada yang perang dunia nanti – netizen.

Macam tak ada kedai lain nak singgah, saja cari pasal,” tulis seorang warganet.

Bang tolong ye laki saya baru nak beli motor ni kang tak pasal-pasal beli kain kapan je” tulis seorang lagi pengguna TikTok.

Kredit: Tiktok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas