Connect with us

Oh! Media

Kecoh Beg Pakaian Disangka Ada Bom Cetus Kerisauan Ramai

Oh! Tidak

Kecoh Beg Pakaian Disangka Ada Bom Cetus Kerisauan Ramai

Kecoh semalam apabila orang ramai yang berada di Jalan Telawi, Bangsar gempar dengan penemuan sebuah beg pakaian yang disangka mengandungi bom.

ADVERTISEMENT

BACA: Dua Remaja Bawa Pulang Bom Ke Rumah, Disangka Alat Permainan

Menurut Ketua Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam yang memaklumkan tentang perkara tersebut.

Hal itu selepas orang ramai menemui sebuah beg pakaian yang dalam keadaan sempurna di tepi tong sampah berhampiran sebuah kedai basikal pada 4.15 petang.

Sumber: Harian Metro

Berhubung dengan kejadian itu, pasukan Unit Pemusnah Bom telah bergegas ke lokasi kejadian bagi melakukan pemeriksaan selepas mendapat maklumat dari orang awam.

Anggota Unit Pengesan Bom Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dan Unit Anjing Pengesan (K9) menjalankan pemeriksaan objek yang disyaki bom di dalam beg berkenaan.

Bagaimanapun, tiada sebarang petunjuk (bahan letupan) ditemui di dalam beg itu.

Periksa rakaman CCTV, kesan seorang individu lelaki

Kata Amihizam, pihaknya turut mendedahkan hasil pemeriksaan dari rakaman litar tertutup (CCTV) berhampiran lokasi kejadian dan menjumpai seorang individu yang dipercayai ‘pemilik’ kepada beg tersebut.

Tambahnya lagi, individu lelaki yang dilihat berseluar pendek itu telah meletakkan beg tersebut di lokasi kejadian sebelum beredar.

Dalam pada itu, beliau juga turut menasihati orang awam supaya tidak panik apabila menjumpai sebarang objek yang dalam keadaan mencurigakan.

Orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian atau yang terbabit dalam insiden itu diminta untuk hadir balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.

Selain itu, maklumat juga boleh disalurkan melalui Hotline Polis Brickfields di talian 03-2297 9222 dan Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Penulis di Oh! Media berkaitan isu-isu terkini dan hiburan di media sosial yang mampu memberikan manfaat serta membuka peluang kepada rakyat Malaysia agar sentiasa mengetahui isu semasa dengan lebih pantas.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

Ke Atas