Connect with us

Oh! Media

Kecewa ‘Handphone’ Dirampas, Dua Beradik Nekad Lari Rumah Jam 5 Pagi

Trending

Kecewa ‘Handphone’ Dirampas, Dua Beradik Nekad Lari Rumah Jam 5 Pagi

Di era moden kini, gajet ataupun telefon pintar seakan-akan sudah menjadi ‘teman’ bagi setiap individu lebih-lebih lagi kepada golongan remaja.

ADVERTISEMENT

BACA: 7 Kanak-Kanak Lari Dari Rumah Penjagaan, Motif Utama Dikenalpasti

Ditambah pula pada era norma baharu ini, penggunaan gajet dilihat semakin mendapat perhatian masyarakat dalam melakukan aktiviti pembelajaran serta pekerjaan.

Oleh sebab itu, kanak-kanak yang terdedah awal dengan teknologi ini akan mula ketagih sehingga memberontak jika telefon pintar mereka dirampas oleh ibu bapa atau mengalami kerosakan.

Dua beradik lari rumah, kecewa telefon pintar dirampas

Bagaimanapun, terdapat sebuah kejadian serupa melibatkan penggunaan telefon pintar kepada kanak-kanak sehingga mereka sanggup berbuat apa sahaja jika tidak mendapatkannya.

Kisah tersebut dikongsikan oleh seorang pengguna aplikasi TikTok bernama miaaulia78 memaparkan aksi dua adiknya yang nekad lari dari rumah selepas telefon pintar mereka dirampas.

Menurutnya, adik-adiknya itu melarikan diri dari rumah kira-kira jam 5 pagi sebagai bentuk protes dan hanya membawa satu beg kecil sebagai ‘bekal’.

Adik-adik saya ni. Ya diorang memberontak sebab telefon pintar kena rampas

https://www.tiktok.com/@miaaulia78/video/7028311641825479963?is_copy_url=0&is_from_webapp=v1&sender_device=pc&sender_web_id=7012846304082871809
Link TikTok

Risau akan kejadian itu, kakak kepada dua beradik itu turut mencari mereka disamping suaminya dengan memandu sebuah kenderaan di kawasan sekitar perumahannya.

Bagaimanapun, kakaknya mampu menarik nafas lega selepas berjaya menjumpai mereka serta bersyukur adik-adiknya masih tidak bergerak lebih jauh dan nekad mengejarnya dengan gelak ketawa.

Ditanya mengenai perkembangan terkini adik-adiknya itu, dia memberitahu bahawa mereka telah menerima hukuman sebat daripada ibu bapanya.

Netizen beri pelbagai reaksi

Menjengah pada ruangan komen, rata-rata netizen turut terhibur dengan perkongsian itu serta turut berkongsi pengalaman sama ketika mereka masih kecil.

Setakat ini, perkongsian itu telah mencapai lebih dari 1 Juta jumlah tontonan serta mendapat 72,000 tanda suka.

Kredit: TikTok miaaulia78

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas