Connect with us

Oh! Media

Kawan ‘Bluetick’, Suami Tersentuh Isteri Datang Bantu Ketika Motor Rosak

suami isteri

Trending

Kawan ‘Bluetick’, Suami Tersentuh Isteri Datang Bantu Ketika Motor Rosak

Tidak dinafikan, kita pasti pernah mengalami situasi di mana terpaksa menghadapi perkara yang tidak dijangka berlaku. Sebagai contoh, kenderaan yang kita naiki seperti kereta atau motor rosak di tengah jalan.

ADVERTISEMENT

BACA: Belasan Kereta Mewah Dibeli Penduduk Rosak, Rupanya Tak Pandai Memandu

Walaupun kita sudah pastikan kenderaan kita dalam keadaan baik, namun situasi sebegini adalah di luar jangkaan kita. Apabila situasi ini berlaku, baru kita sedar siapa sebenarnya yang ada di sisi kita ketika kita berada dalam kesusahan.

Bak kata orang, walaupun kita mempunya ramai kawan tetapi belum tentu mereka akan ada semasa kita dalam kesusahan. Sebaik mana pun hubungan persahabatan itu, bukan semua orang mahu menolong kita ketika kita memerlukan pertolongan.

Hubungi member, namun hampa

Tular baru-baru ini di laman media sosial TikTok, sebuah perkongsian video daripada seorang pengguna yang memaparkan seorang lelaki berada di sebuah perhentian bas akibat motornya yang rosak secara tiba-tiba.

@angahidolamoto jem call kawan2 tapi bluetick ??nasib ad bini hihi ?##mypageforyou kekasih dunia akhirat##fypdongggggggg ##viraltiktok? original sound – farhanaasri – fana

Dalam perkongsian video tersebut, lelaki itu memberitahu yang dia telah cuba menghubungi beberapa orang rakannya untuk meminta bantuan namun tiada seorang pun yang menjawab panggilannya.

Apa yang telah mencuri perhatian ramai penonton video tersebut adalah apabila akhirnya isterinya sendiri yang datang menyelamatkan lelaki tersebut. Isterinya dilihat menunggang sebuah lagi motorsikal ke tempat suaminya menunggu sambil tersenyum.

Kehadiran isterinya itu membuatkan si suami berasa terharu. Mungkin benar kata orang, pasangan kita sendirilah sebenarnya teman sehidup semati dan yang akan sentiasa ada dengan kita di waktu susah atau senang.

“Itu lah isteri. Kalau dalam marah pun, tiba-tiba dapat call suami minta tolong, laju saja pergi tak fikir takut ke apa”

Setakat ini, perkongsian video tersebut telah mendapat sebanyak 1.5 juta tontonan, 149.4 ribu tanda like dan 5.8 ribu komen.

Rata-rata netizen turut menumpang gembira buat pasangan suami isteri tersebut yang dikhabarkan baru saja mendirikan rumah tangga beberapa hari lalu.

Isteri tolong suami motor rosak

Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

Isteri tolong suami motor rosak

Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

Ramai juga yang bersetuju mengatakan dalam apa keadaan sekalipun, isteri pastinya ada untuk suami tidak kiralah sama ada ketika dia susah mahupun senang.

Tidak kurang juga yang mengatakan sebenarnya ada sahaja kawan-kawan yang sanggup membantu rakannya yang berada dalam kesusahan, namun seseorang itu perlu mencari dengan betul.

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas