Connect with us

Oh! Media

‘Keluar Ni Aku Rasa Akan Accident’ – Kata-Kata Terakhir Arwah Sebelum Meninggal Dunia

Trending

‘Keluar Ni Aku Rasa Akan Accident’ – Kata-Kata Terakhir Arwah Sebelum Meninggal Dunia

‘Aku keluar ni rasa-rasa akan accident’. Seperti dapat tahu apa yang akan jadi kepada dirinya. Itulah kata-kata terakhir Muhammad Fakhrul Izad Mohd Shukri kepada rakan serumahnya yang baru saja berusia 17 tahun sebelum dia mengalami kemalangan dan meninggal dunia di tempat kejadian. 

ADVERTISEMENT

Kemalangan berlaku akibat dari motosikal yang ditunggangnya itu melanggar bahagian belakang motosikal lain di Jalan Kuala Dungun-Seberang Pintasan pada petang semalam.

Rakan kepada arwah iaitu Muhammad Al Afiq Haikal Muhammad Al Bakri, turut terlibat sekali waktu kemalangan. Walaubagaimanapun, dia mengalami kecederaan parah dan kini sedang dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah HSNZ Kuala Terengganu.

Rakan-rakan kepada arwah yang tinggal sekali tidak menyangka yang kemalangan itu benar-benar berlaku selepas arwah ungkapkan kata-kata terakhirnya itu.

Kami tinggal di rumah arwah nenek seorang rakan kami untuk belajar secara kumpulan sempena persiapan peperiksaan Sijil Pelajar Malaysia SPM Februari ini.

Sebelum keluar rumah, arwah sempat melafaskan ungkapan itu. kami semua tidak menyangka kemalangan itu benar-benar terjadi ke atasnya.

Selepas je terima berita yang arwah mengalami kemalangan, rakan serumahnya terus ke tempat kejadian dan mendapati yang arwah telah meninggal dunia dalam kejadian itu.

Bukan tu jer, rakannya juga mengatakan yang dari beberapa hari lepas lagi arwah tidak ada selera makan dan mendiamkan diri ketika mereka menanyakan keadaannya.

Mayat mangsa telahpun dibawa ke Bilik Forensik Hospital Dungun untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan APJ 1987 kata Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas