Connect with us

Oh! Media

Kasut Terawal Dipakai Michael Jordan Pada Tahun 1984 Dilelong RM6 Juta

Michael Jordan

Trending

Kasut Terawal Dipakai Michael Jordan Pada Tahun 1984 Dilelong RM6 Juta

Sepasang kasut sukan kepada Michael Jordan yang merupakan lagenda pemain bola keranjang dilelong pada harga mencecah AS$1.5 juta (RM6.3 juta).

ADVERTISEMENT

BACA : Guna Titisan Darah Manusia Hasilkan Kasut ‘Satan Shoes’, Nike Saman MSCHF

Menurut laporan Kosmo, kasut itu telah disarungkannya ketika musim pertamanya sebagai pemain profesional pada 1984 dan perkara ini dilaporkan agensi berita United Press International kelmarin.

Nike Air Ships yang berwarna merah dan putih itu merupakan kasut biasa pertama keluaran jenama itu untuknya yang dipakai ketika perlawanan dan ditandatangani oleh Jordan. Bukan tu jer, ianya merupakan kasut terawal yang dipakai oleh bintang bola keranjang itu pada 1984 dan 1985.

Untuk info lagi, tahun tersebut juga merupakan musim biasa pertama Michael Jordan dalam Persatuan Bola Keranjang Nasional (NBA) dalam kumpulan Chicago Bulls.

Menurut Firma lelongan Sotheby’s, kasut ini dijangkakan dapat memecahkan rekod jualan kasut sukan yang pernah dilelong sebelum ini, Nike Air Jordan I 1985 yang terjual pada harga AS$615,000 (RM2.5 juta).

Kredit: Kosmo 

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media. 

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas