Connect with us

Oh! Media

Kartun Mengisahkan Tentang ‘Zakar Paling Panjang Di Dunia’ Jadi Kontroversi

Trending

Kartun Mengisahkan Tentang ‘Zakar Paling Panjang Di Dunia’ Jadi Kontroversi

Kalau korang nak tahu, ada satu program kartun dekat Denmark yang bertajuk ‘John Dillermand’ ni betul-betul mengundang kontroversi. Kenapa pula tu? Ia mengisahkan tentang seorang lelaki yang mempunyai zakar paling panjang di dunia. Apa sebenarnya motif menyiarkan kartun yang macam ni? 

ADVERTISEMENT

Memang kartun tersebut ditayangkan di negara-negara yang progresif, tetapi masing-masing masih mempertikaikan bahawa kartun ini sesuai ditayang ataupun tidak. Kah! Lawak pun ada tapi takutlah kan budak-budak mempengaruhi cerita tu. 

Menurut laporan Harian Metro, stesen penyiaran awam DR menerusi laman Facebook mereka beranggapan yang cerita mengenai anggota badan manusia adalah sangat penting untuk diceritakan. 

Dalam siri ini, kami menyedari rasa ingin tahu atau kemusykilan kanak-kanak kecil mengenai anatomi badan mereka termasuk alat kelamin mereka, sifat malu dan keghairahan pada tubuh

Walaubagaimanpun, ada juga penduduk Denmark yang tidak berpuas hati dengan cerita itu ditayangkan kepada kanak-kanak termasuklah wakil rakyat berhaluan kanan, Morten Messerschmidt yang mengecam habis menerusi Facebooknya.

Saya tidak fikir melihat alat kelamin lelaki dewasa harus dianggap sebagai sesuatu yang normal bagi kanak-kanak, biarpun ini hanya kartun. Adakah ini yang dipanggil perkhidmatan awam?

Ohmedia tidak sepatutnya untuk disiarkan cerita sebegini kepada kanak-kanak sehingga mereka berada di usia yang sepatutnya. Nasiblah tak masuk dekat Malaysia.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon oembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas