Connect with us

Oh! Media

Kantoi Mengedar Ketum, ‘Geng Datin’ Ditahan

Trending

Kantoi Mengedar Ketum, ‘Geng Datin’ Ditahan

Sejak kebelakangan ini, kes-kes penyeludupan daun ketum semakin berleluasa dan ia memaksa pihak polis bagi memantau kegiatan terlarang ini dengan lebih ketat.

ADVERTISEMENT

Terbaru, polis telah menahan tiga individu termasuk seorang perempuan yang digelar ‘datin’ disyaki merupakan ketua sindiket pengedaran daun ketum serta ubat batuk dan mereka digelar sebagai ‘Geng Datin’.

Susulan daripada penahanan itu, pihak polis telah merampas lebih kurang satu tan daun ketum dan 29 kotak ubat batuk dalam serbuan di ladang sawit di Kampung Blau kira-kira 7.30 malam ahad lalu.

Antara barangan yang telah dirampas oleh pihak polis

Memetik dari laporan Berita Harian, Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata terdahulu anggota beliau yang bertugas telah mengesan seorang wanita yang memandu sebuah kereta mewah dalam keadaan yang mencurigakan di jalan Gua Musang, Lojing.

Superintendan Sik Choon Foo menerima laporan daripada anggotanya mengenai kecurigaan seorang wanita memandu sebuah kereta mewah.

Hasil soal siasat bersama wanita yang berumur 51 tahun itu, pihak polis telah berjaya menjumpai dan menyerbu tempat persembunyian mereka di ladang sawit.

Hasil pemeriksaan terhadap kenderaan itu menemui satu tan daun ketum dan 29 kotak mengandungi 2,088 botol berisi cecair dipercayai ubat batuk.

Dua lelaki berusia 24 dan 31 tahun turut ditahan dalam serbuan itu, namun dua lagi suspek sempat melarikan diri.

Choo Foo turut berkata, daum ketum dan ubat batuk yang dirampas ini dipercayai adalah untuk mengedarkannya di daerah ini serta Kota Bahru melalui Jalan Simpang Pulai – Gua Musang.

Setelah diperiksa, kesemua suspek tidak mempunyai permit untuk merentas negeri

Mereka direman sejak kelmarin hingga Khamis ini bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas