Connect with us

Oh! Media

Kancil Terbabas Rempuh Warung, Seorang Lelaki Parah

kancil

Trending

Kancil Terbabas Rempuh Warung, Seorang Lelaki Parah

Kejadian di jalan Batu Pahat-Mersing, Kluang Johor, sebuah kereta Perodua Kancil telah merempuh seorang lelaki di sebuah warung, malam tadi.

ADVERTISEMENT

BACA: Parah Kemalangan, Lelaki Disangka Sudah Mati ‘Bernafas’ Selepas Semalaman Di Bilik Mayat

Menerusi laporan Utusan, kejadian berlaku jam 8 malam, mangsa berada dihadapan warung, berdekatan dengan sebuah motosikal sebelum dirempuh Perodua Kancil.

Langgar anjing sebelum terbabas langgar mangsa dan warung

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Low Hang Seng menyatakan, pemandu kereta yang merupakan warga emas berumur 63 tahun itu telah melanggar seekor anjing melintas sebelum keretanya terbabas melanggar mangsa dan warung tersebut.

Siasatan awal di tempat kejadian mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Perodua Kancil yang dipandu warga emas dari arah Mersing menghala ke pekan Kahang.

Apabila tiba di tempat kejadian dia melanggar seekor anjing yang melintas di jalan raya menyebabkan kenderaan tersebut hilang kawalan. 

Ia kemudian terbabas ke tepi jalan lalu melanggar sebuah motosikal yang diletakkan di hadapan kedai makan tersebut serta menyusur masuk dan melanggar tiang di dalam kedai.

Mangsa yang menyandar pada motosikal tersebut telah parah akibat kemalangan yang berlaku dan terus dibawa ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) Kluang untuk rawatan lanjut.

Tiada mangsa lain yang terlibat dalam kemalangan itu dan pemandu telah menerima rawatan sebagai pesakit luar. Kes itu juga akan disiasat bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan tidak cermat.

Semoga pembaca mengambil iktibar dari kisah ini agar sentiasa memandu dengan berhati-hati. Jangan ambil mudah memandu di jalan raya kerana jika kemalangan berlaku, bukan nyawa anda sahaja yang terancam tetapi nyawa orang lain juga diancam bahaya.

Kredit: Utusan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas