×
Puasa Barakah Bersama
Connect with us

Oh! Media

Pengasuh Terkejut Lihat Kepala & Separuh Badan Kanak-Kanak Tenggelam Dalam Besen Berisi Air

Oh! Tidak

Pengasuh Terkejut Lihat Kepala & Separuh Badan Kanak-Kanak Tenggelam Dalam Besen Berisi Air

Awal pagi tadi telah dilaporkan berita mengenai kematian seorang kanak-kanak, Sophia Fatehah Wan Farhan Danial, 2, yang dikatakan telah meninggal dunia selepas beberapa jam menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP).

Mangsa yang merupakan anak bongsu daripada dua beradik itu dikatakan telah dibawa ke hospital dalam keadaan tidak sedarkan diri selepas dia dipercayai lemas ketika berada di bawah jagaan pengasuhnya.

Menurut sumber, sebelum kejadian itu berlaku kira-kira pada jam 11 pagi semalam, pengasuh yang mahu memandikan mangsa telah mengisi air di dalam besen sehingga penuh.

Namun, wanita itu dikatakan telah terlupa untuk mengambil tuala, lalu pergi meninggalkan mangsa seketika di dalam bilik air.

Apabila sampai semula di bilik air, pengasuh mendapati kepala mangsa dan separuh badan mangsa sudah tenggelam di dalam air sementara kakinya pula berada di luar besen.

Pengasuh itu terus bertindak untuk mengalihkan mangsa dari besen dan mendapati mangsa masih dalam keadaan sedar pada ketika itu.

Selepas daripada itu, pengasuh tersebut terus memakaikan lampin lalu menidurkan mangsa. – Kata Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan AA Anbalagan.

Namun, selepas 30 minit, kanak-kanak itu dilihat berada dalam keadaan lemah dan tidak bermaya, sebelum mangsa dikejarkan ke hospital dengan menaiki ambulans.

Mangsa yang berada dalam keadaan kritikal kemudiannya telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 2 pagi tadi.

Proses bedah siasat pula dilaporkan akan dijalankan ke atas mayat mangsa pada esok hari (Khamis) selepas menjalani ujian COVID-19.

ADVERTISEMENT

Sementara itu, bapa mangsa, Wan Farhan Danial Wan Azmi ketika ditemui redha dengan kejadian menimpa anak bongsunya.

Pengasuh memang jaga anak saya sejak isteri habis berpantang. Tidak sangka jadi di rumah pengasuh. Pengasuh itu jaga dari anak pertama kami lagi, yang nombor satu dijaga dari umur enam bulan, memang sudah lama.

Sebelum ini tidak ada da apa-apa yang jadi, kalau demam pun pengasuh akan beritahu, perkara hendak jadi kami tidak boleh hendak salahkan siapa-siapa. – Katanya.

Pengasuh wanita itu dilaporkan telah pun ditahan oleh pihak polis untuk membantu siasatan berkenaan kejadian kematian mangsa yang meninggal dunia dipercayai akibat lemas di dalam besen, di rumah wanita itu di Batu Maung, Bayan Lepas.

Anbalagan berkata, wanita berusia 43 tahun dari Permatang Damar Laut itu ditahan pada jam 12 tengah hari tadi.

Suspek ditangkap untuk membantu siasatan dan reman akan dipohon bagi melengkapkan siasatan.

Penyiasatan akan dilakukan bagi mengenalpasti jika terdapat unsur jenayah dan kes disiasat dibawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 selari bersama SDR. – Katanya dalam satu kenyataan di Bayan Lepas hari ini.

Kredit: Astro Awani

Penulis sepenuh masa di Oh! Media yang juga sepenuh masa ingin menyampaikan manfaat kepada rakyat Malaysia.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

To Top