Connect with us

Oh! Media

(Video) Ingatkan Hanya Disaman Kerana Memandu Dibawah Umur, Rupa-rupanya…

Oh! Tidak

(Video) Ingatkan Hanya Disaman Kerana Memandu Dibawah Umur, Rupa-rupanya…


Heboh di laman sosial Facebook dan WhatsApp hari ini, pasal satu video kanak-kanak lelaki yang baru berusia 10 tahun yang dikatakan menunggang motosikal di Jitra, Kedah.

Kanak-kanak lelaki itu dikatakan telah pun tampil menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu, pada hari ini.

Kanak-kanak yang berusia 10 tahun itu telah hadir bersama bapanya yang berusia 50-an pada 2.40 petang tadi IPD Kubang Pasu selepas Pengarah JPJ memberi Notis 114 kepada pemilik motosikal itu untuk hadir ke pejabat JPJ supaya memberi keterangan.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Ismail Ibrahim berkata, video yang dikatakan telah viral di Facebook dan WhatsApp selama 18 saat itu telah memaparkan seorang kanak-kanak lelaki sedang menunggang motosikal Honda EX-5 hitam dengan nombor pendaftarannya yang kabur.

Dalam video itu, boleh nampak yang budak lelaki tu berada di satu simpang tiga sambil menunggang motosikal keluar dari simpang sehingga tamat video.

Hasil siasatan lanjut mendapati, rakaman video itu berlaku di Kampung Paya Chegar, Jitra pada 6 petang 8 November (semalam). – Katanya.

Mohd Ismail berkata, tindakan yang akan diambil adalah berdasarkan kesalahan lalu lintas iaitu menunggang motosikal di bawah umur.

Motosikal yang dinaiki oleh kanak-kanak itu juga dikatakan memiliki cukai jalan yang sudah tamat tempoh dan tiada perlindungan insuran.

Budak lelaki itu juga didapati tidak memakai topi keledar.

Tindakan juga diambil terhadap penjaganya mengikut Seksyen 39(5) Akta Pengangkutan Jalan (JPJ) 1987 kerana telah membenarkan pemandu bawah umur memandu kenderaan bermotor.

Kanak-kanak lelaki itu kemudian dibebaskan selepas dikenakan tindakan saman atas kesalahannya. – Katanya.

Katanya lagi, berikutan itu polis turut menasihatkan ibu bapa yang lain supaya memberi perhatian kepada anak-anak terutamanya dalam aspek keselamatan lalu lintas supaya kejadian tidak diingini dapat dielakkan.

Amboi, hebat hang adik umur sepuluh tahun dah pandai bawa motosikal. Walaupun kaki tak sampai hang tetap gagah yang penting siap boleh ‘wheelie’. Kepada Ibu bapa dekat luar sana selalu la pantau aktiviti anak-anak anda dan jangan biasakan kejadian macam ni berlaku.

Kredit: Harian Metro

Penulis sepenuh masa di Oh! Media yang juga sepenuh masa ingin menyampaikan manfaat kepada rakyat Malaysia.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

To Top