Connect with us

Oh! Media

3 Kanak-Kanak Dihempap Dinding Ketika Mandi

Trending

3 Kanak-Kanak Dihempap Dinding Ketika Mandi

Semalam ada dua anak Orang Asli yang dikatakan telah dihempap oleh dinding bilik air semasa mereka sedang mandi. Dinding bilik air yang runtuh itu dipercayai telah menyebabkan kaki mereka patah.

ADVERTISEMENT

Semasa kejadian itu berlaku, Mazril Mazuwan, 10, dikatakan tengah mandi bersama dua sepupunya, Razilfizi Iszeri, dan seorang lagi yang berusia empat tahun.

Ibu mangsa, Yanti Kelpi, 34 berkata, dia tersedar ada sesuatu yang terjadi bila dia terdengar ada suara orang menjerit sambil manangis dari bilik air yang terletak di luar rumah mereka.

Saya terus berlari ke luar untuk tengok apa yang terjadi dan ternampak dinding bilik air yang diperbuat dari batu bata tumbang dan menghempap anak saya dan sepupunya. – Kata Yanti.

Anak saya retak tulang kaki kanan.  Razilfizi pula patah kedua-dua kakinya,  seorang lagi anak saudara saya cedera di kepala kerana terkena serpihan batu bata itu. – Katanya.

Menurut sumber, Yanti tidak pasti kenapa dinding bilik air itu boleh runtuh dan dinding pula tidak ada kesan retak dan nampak kukuh.

Mungkin sebab selalu hujan dinding itu jadi tak kukuh, lepas itu dengan banjir baru-baru mungkin boleh buatkan struktur dinding lemah dan tumbang. – Katanya.

Yanti juga berharap semoga ada pihak yang boleh membantu untuk membaiki dinding bilik air mereka supaya kejadian yang sama tak akan berulang lagi. 

Kejadian yang macam ni memang boleh berlaku dekat mana-mana saja tanpa diduga. Apapun syukur ketiga-tiga mereka selamat.

Kredit: Harian Metro

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas