Connect with us

Oh! Media

Kanak-Kanak Berusia 7 Tahun Trauma Dijadikan Pemuas Nafsu Suami Pengasuh

Trending

Kanak-Kanak Berusia 7 Tahun Trauma Dijadikan Pemuas Nafsu Suami Pengasuh

Mak hantar ke pengasuh untuk dijaga, tapi lain pula jadinya apabila si suami kepada pengasuh ini gunakan kanak-kanak perempuan yang baru saja berusia 7 tahun sebagai pemuas nafsu. Kau dah kenapa bang? Budak-budak kot tu.

ADVERTISEMENT

Menurut laporan Harian Metro, kejadian tersebut berlaku pada Januari lalu tetapi beritanya baru dapat tahu baru-baru ini selepas mangsa menceritakan kepada ibunya. Perbuatan keji itu menyebabkan budak perempuan ini trauma.

Dapat je tahu, ibu kepada mangsa terus membuat laporan polis di Balai Polis Desa Jaya pada Sabtu lepas dan perkara ini mendapat Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan.

Walaubagaimanapun, keterangan dari mangsa masih belum dapat direkodkan akibat mangsa terpaksa dikuarantin selepas menjadi kontak rapat pesakit Covid19.

Keterangan mangsa akan diambil sebaik selesai menjalani kuarantin. Buat masa ini siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen Amang Seksual Fizikal Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan atas melakukan seks luar tabii yang menggunakan apa-apa objek.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas