Connect with us

Oh! Media

Kanak-Kanak Bawah 12 Tahun Bakal Dapat Vaksin Tahun Depan?

bawah 12 tahun

COVID-19

Kanak-Kanak Bawah 12 Tahun Bakal Dapat Vaksin Tahun Depan?

Pemberian vaksin kepada golongan dewasa dan remaja sudah menunjukkan reaksi yang memberangsangkan. Kini, Kanak-kanak bawah 12 tahun pula bakal mendapat vaksin Covid-19 keluaran Pfizer BioNTech bermula tahun 2022.

ADVERTISEMENT

BACA: Malaysia Tambah Pfizer Untuk Vaksinasi Kanak-Kanak

Menerusi laporan Sinar Harian, Kementerian Kesihatan (KKM) sedang menunggu kelulusan regulatori daripada Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat bagi vaksin keluaran Pfizer BioNTech itu.

5.9 juta kanak-kanak akan divaksinasi

bawah 12 tahun

Menurut Kementerian, pihak Pfizer akan mengemukakan data berkaitan pendaftaran penggunaan vaksin kepada kanak-kanak di bawah umur 12 tahun pada penghujung tahun ini untuk penilaian kelulusan pendaftaran.

Vaksin keluaran Pfizer ini digunakan untuk kegunaan imunisasi kanak-kanak ini kerana formulasi yang digunakan lain dengan populasi dewasa.

Adalah dijangkakan seramai 5.9 juta kanak-kanak akan divaksinasi melibatkan anggaran keperluan kuantiti sebanyak 11.8 juta dos.

Jika benar vaksinasi kepada kanak-kanak akan terus dijalankan, semoga penyelidikan dilakukan secara menyeluruh dan beri vaksin terbaik kepada anak-anak kecil ini. Semoga usaha yang dilakukan untuk mencegah Covid-19 ini tidak sia-sia dan dapat membantu kesejahteraan rakyat di negara ini.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori COVID-19

30 Hari Paling Trending

Ke Atas