Connect with us

Oh! Media

“Kami Tak Mampu” Respon PKBM Untuk Beri Insentif Kepada Azizulhasni Awang

Oh! Tidak

“Kami Tak Mampu” Respon PKBM Untuk Beri Insentif Kepada Azizulhasni Awang

Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) tidak mampu memberikan sebarang ganjaran atau durian runtuh kepada jaguh trek berbasikal negara, Datuk Azizulhasni Awang. Pemberian insentif itu sepatutnya diberikan kepada the pocket rocketman selepas berjaya membawa pulang pingat perak dalam temasya Olimpik Tokyo 2020 tempoh hari.

ADVERTISEMENT

Antara alasan yang diberikan Presiden PKBM, Datuk Abu Samah Wahab adalah masalah kewangan yang semakin tenat kerana sudah lebih setahun tidak dapat menganjurkan kejohanan sekaligus mengaut keuntungan.

Jika melihat kepada situasi sekarang, PKBM melalui keadaan sukar sehingga terpaksa membuang beberapa pekerja kerana tidak mampu untuk membayar gaji mereka.

PKBM sememangnya bercadang mahu memberikan imbuhan kepada Azizul namun bukanlah sekarang. Mungkin apabila kejohanan berbasikal boleh diadakan dan sudah tentu PKBM boleh jana pendapatan kembali. – Katanya.

Sebelum ini, Azizul telah menerima Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) RM300,000. Kerajaan Terengganu turut meraikannya dengan memberikan insentif bernilai RM350,000 merangkumi sebuah kediaman bernilai RM300,000 di Dungun dan wang tunai RM50,000.

Baru-baru ini juga, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menawarkan biasiswa Bitara Pasca Siswazah peringkat sarjana selama dua tahun bernilai RM42,225 atau PhD selama tiga tahun bernilai RM103,700.

Persoalan tentang pemberian insentif ini timbul selepas orang ramai melihat PKBM tidak melakukan apa-apa pengumuman penghargaan seperti sukan lain.

Contohnya, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) memberikan durian runtuh berjumlah RM180,000 kepada pasangan beregu badminton negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik atas kemenangan pingat gangsa mereka di Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Kredit: Harian Metro

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

To Top