Connect with us

Oh! Media

“Kami Tak Bercadang Ikat Jamin Mereka, Nama Digugurkan Serta-Merta” – Penerbit

pelakon dadah

Trending

“Kami Tak Bercadang Ikat Jamin Mereka, Nama Digugurkan Serta-Merta” – Penerbit

Pengarah filem, penolongnya, serta pelakon ditahan reman dua hari selepas disyaki terbabit penyalahgunaan dadah di Kuala Kangsar, Perak. Saringan ujian air kencing mendapati kesemua suspek positif dadah tetra hydrocannibol (TCH), methamphetamine dan amphetamine.

ADVERTISEMENT

BACA: Terjawab Sudah Siapa Pelakon Lelaki Ditangkap Salah Guna Dadah Di Perak

Terbaru, Penerbit Eksekutif Zamriez Golden Pictures Sdn Bhd, Syafiqa Zamri berkata, dia terpaksa menggugurkan nama pengarah dan penolong pengarah yang terlibat dalam kes tersebut serta-merta.

penerbit

Saya serahkan kes ini kepada pihak berkuasa. Kami juga tidak bercadang untuk ikat jamin mereka, sebaliknya kami mengambil keputusan untuk menggugurkan nama mereka dalam telefilem ini secara serta-merta.

Pelakon yang terbabit dengan penyalahgunaan dadah ini juga tidak akan diambil berlakon selepas ini. Mujurlah babak lakonannya dalam telefilem ini sudah selesai.

Katanya lagi, penggambaran hanya berbaki 30 peratus sahaja lagi. Namun, disebabkan kes ini, penggambaran terpaksa dihentikan seketika.

Pihaknya kini sedang mencari pengganti yang layak untuk menggalas tugas sebagai pengarah dan penolong pengarah bagi telefilem ini.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas