Connect with us

Oh! Media

“Kami Rasai Kesedihan Beliau” – Firdaus Wong Bantu Mangsa Dakwa Diliwat Guru Tahfiz

Trending

“Kami Rasai Kesedihan Beliau” – Firdaus Wong Bantu Mangsa Dakwa Diliwat Guru Tahfiz

Sejak akhir-akhir ini, kejadian seperti gangguan dan serangan seksual telah menjadi isu hangat yang sering diperkatakan di media sosial.

ADVERTISEMENT

BACA: (Biodata) Firdaus Wong Pernah Main Bola Sepak Bersama Safee Sali Dalam Kelayakan Piala AFC U-20?

Ia sinonim dengan pendedahan demi pendedahan daripada seorang penceramah bebas, Firdaus Wong yang aktif dalam memberikan keadilan kepada mangsa-mangsa serangan seksual.

Dia juga turut mengadakan sesi kaunseling kepada mangsa-mangsa melalui platfrom Google Meet bagi memberikan semangat kepada mereka.

Bantu mangsa dakwa diliwat ‘ustaz’ tahfiz

Terbaharu, pendakwah berusia 38 tahun itu telah menawarkan khidmat kaunselor bertauliah secara percuma kepada keluarga kanak-kanak yang didakwa menjadi mangsa liwat guru tahfiz.

Menerusi perkongsiannya di laman Facebook, dia mengakui merasai kemarahan serta kekesalan yang dihadapi keluarga mangsa.

Menurutnya lagi, bukan anak beliau sahaja yang menjadi mangsa, tetapi dikatakan rakan-rakannya juga turut menjadi mangsa kepada ‘ustaz’ di tahfiz tersebut.

Selain itu, laporan polis telahpun dibuat keluarga mangsa pada tahun lepas, namun tiada tindakan atau perkembangan terkini membabitkan kes tersebut.

Mereka meminta bantuan kami. Insya-Allah kami akan membantu anak-anak mereka keluar dari trauma dengan menawarkan khidmat kaunselor bertauliah secara percuma selain sokongan kepada keluarga yang trauma dari kejadian.

Ibu mangsa akui trauma

Menerusi perkongsian itu, ibu kepada mangsa liwat tersebut mengakui trauma dengan kejadian itu walaupun niatnya hanya ingin menghantar anaknya belajar agama.

Niat saya menghantar anak saya ke tahfiz supaya dia belajar agama tetapi tak sangka dia pula diliwat. Saya menyesal sangat.

Saya sekarang ini phobia bila lihat orang berjubah, berserban atau berkopiah ini.

Jelasnya, ibu mangsa memohon bantuan dari pihak Firdaus Wong untuk mendapatkan keadilan setelah trauma dengan perkara tersebut.

Firdaus Wong

Menurut Firdaus, dia menyatakan bahawa tindakan ibu mangsa adalah betul, namun apa yang berlaku sekarang bukanlah di luar jangkaan kita.

Tambahnya lagi, antara sebab dia ingin menegakkan keadilan mangsa oleh kerana pihaknya tidak mahu seseorang individu menggunakan agama untuk memuaskan nafsu.

Kita tak nak sesiapa gunakan agama untuk kepentingan hawa nafsu mereka yang bercanggah dengan agama.

Kami bukan polis tetapi In Sha Allah kami akan bekerjasama dengan mereka untuk membantu puan dan mangsa-mangsa lain.

Terima 2-3 aduan setiap hari

Firdaus Wong berkata, hampir setiap hari pihaknya mengadakan minima 2-3 Google Meet berkaitan kes-kes gangguan seksual, predator dan sebagainya.

Selain itu, dia mengakui majoriti mangsa dan ahli keluarga adalah dalam kalangan orang biasa manakala pemangsa terdiri daripada mereka yang mempunyai kedudukan dalam masyarakat.

Semua kes ini kami akan serahkan dan kerjasama dengan pihak berkuasa. Sinergi NGO & pihak berkuasa untuk masyarakat.

Mengakhiri ulasannya, dia juga turut memohon maaf sekiranya terdapat sahabat yang menghubungi untuk meminta bantuan namun tidak disedarinya selain akan lebih aktif dalam menegakkan keadilan.

Kredit: Kosmo! I Facebook Firdaus Wong

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas