Sebelum ini, pemain bola kebangsaan Akhyar Rashid telah diserang dan disamun dua individu tidak dikenali di Kuala Terengganu.
Ketika kejadian, Akhyar didekati suspek yang menaiki kereta kelabu di hadapan sebuah kedai makan. Suspek memakai hodie dan penutup muka yang kemudian mensasarkan kaki dan betis sebelum menghentak kepala Akhyar.
Akhyar mendakwa dua lelaki berkenaan menggunakan senjata seperti cota besi. Ketika kejadian, Akhyar yang cedera di kaki dan kepala sempat melarikan diri ke kedai minuman untuk meminta pertolongan.
Kakak Akhyar turut telah membuat laporan polis di Balai Polis Kuala Terengganu.