Connect with us

Oh! Media

Kak KM Tiada KKM, Didenda RM10,000 & Penjara 4 Bulan Jika Gagal Bayar

Trending

Kak KM Tiada KKM, Didenda RM10,000 & Penjara 4 Bulan Jika Gagal Bayar

Tadi Ohmedia ada naikkan satu artikel tentang anak kepada seorang pelakon veteran yang merupakan seorang ahli perniagaan alat kosmetik telah dihadapkan ke Mahkamah selepas tertuduh memiliki dan menjual produk tanpa kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

ADVERTISEMENT

Keputusan Mahkamah Majistret hari ini telah menjatuhkan hukuman sebanyak RM10,000 selepas tertuduh mengaku bersalah. Mahkamah turut menetapkan hukuman penjara selama 4 bulan sekiranya Orang Kena Saman (OKS) gagal membayar jumlah denda.

Rose Azlin yang merupakan anak kepada Normah Damanhuri sebelum ini didakwa memiliki 99 paket produk KM Sampah Cleanse yang dikatakan akan dijual di sebuah premis beralamat Jalan SS19/6 Subang Jaya, dekat sini pada 11.20 pagi, 21 Januari lalu.

Dan sebagai orang yang dikenali, dia seharusnya memastikan produk ingin dijual atau diguna berdaftar dengan KKM supaya selamat digunakan. Demi menjaga kepentingan awam, pendakwaan memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran terhadap OKS. – Kata Pegawai Pendakwa KKM Mohd Helmi Azman.

Pengajaran dekat sini, kitalah sebagai pengguna yang perlu menjadi bijak dalam memilih apa sahaja produk yang dibeli. Jika tidak, ia mungkin boleh memudaratkan kesihatan. Jadi, jangan takut dan laporkan sahaja kepada pihak berkuasa jika ada keraguan.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.



Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas