Connect with us

Oh! Media

Kahwin Lelaki 37 Tahun Lebih Muda, Anak Dan Cucu Terima Dengan Baik

Trending

Kahwin Lelaki 37 Tahun Lebih Muda, Anak Dan Cucu Terima Dengan Baik

Jarak umur 37 tahun di antara Norlida Mohamed Salleh dan suami, Muhammad Sabree Razaman tidak menghalang mereka untuk mendirikan rumah tangga. Ibu kepada enam anak ini menyifatkan cinta suami kepadanya adalah luar biasa.

ADVERTISEMENT

BACA: 13 Tahun Hidup Janda, Anak Yuni Shara Izinkan Ibu Kahwin Baru Dengan Syarat Jangan Lelaki Muda

Memetik laporan Harian Metro, dia tidak menyangka pertemuannya dengan jejaka dua kali ganda lebih muda di gerai tempatnya bekerja bertukar menjadi peneman hidup.

https://www.tiktok.com/@ecacuwitcawer/video/7010361743692057883?sender_device=pc&sender_web_id=6993175277388891650&is_from_webapp=v1&is_copy_url=0

Menurut Norlida, perkahwinan bersama Sabree adalah kali yang ketiga buatnya. Kegagalan rumah tangga yang lalu sedikit pun tidak membuatnya berputus asa.

Jika bercakap soal suami dan peneman hidup ini… saya ada pun okay, tiada pun tidak menjadi masalah kerana sudah lanjut usia.

Ini perkahwinan paling bahagia kerana semua ahli keluarga terima dengan hati terbuka dan memang dari awal rapat dengannya.

Jelasnya lagi, kesungguhan yang ditunjukkan suami membuatkannya terbuka hati untuk berkahwin semula. Selain enam anak, enam orang cucunya turut menerima suami dengan baik.

ibu

Anaknya yang hanya mahu dikenali sebagai Ecah berkata, dia gembira ibu akhirnya mempunyai peneman hidup. Dia dan ahli keluarga sedikit pun tidak berasa kekok kerana bapa tiri seorang yang ‘sporting’.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas