Connect with us

Oh! Media

Jurugambar Sambilan Didakwa Selepas Video Rakan Tersebar Di Laman Web Lucah

Trending

Jurugambar Sambilan Didakwa Selepas Video Rakan Tersebar Di Laman Web Lucah

Siapa sangka perbuatan seorang lelaki menyimpan video lucah kawan perempuannya di dalam telefon bimbit, telah menyebabkan dia didenda sebanyak RM2,500 oleh Mahkamah Majistret hari ini.

ADVERTISEMENT

Jurugambar sambilan yang berusia 23 tahun Itu dikatakan telah pun mengaku bersalah atas pertuduhan yang disabitkan ke atasnya.

Menurut sumber, lelaki itu didakwa kerana memiliki satu video lucah di dalam telefon bimbit miliknya di sebuah rumah di Taman Sri Endah, Cheras di sini pukul 2 pagi pada 2 Oktober 2019.

Timbalan Pendakwa Raya Lim Chooi Yi, telah membuat pemohonan supaya lelaki itu mendapat hukuman yang setimpal, ini kerana tindakan tertuduh itu dikatakan telah mengaibkan mangsa yang merupakan seorang wanita Perancis.

Mahkamah perlu mengambil kira video itu telah tersebar di dalam laman web lucah. – Katanya.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas