Connect with us

Oh! Media

Jual Dan Miliki Cecair Vape Bernikotin, Penjual Didenda RM3,000

Trending

Jual Dan Miliki Cecair Vape Bernikotin, Penjual Didenda RM3,000

Ramai orang menggunakan vape sebagai cara untuk berhenti merokok. Malah ramai juga yang berfikir bahawa vape adalah lebih baik daripada rokok. 

ADVERTISEMENT

Tapi tahukah anda jumlah nikotin yang terdapat di dalam rokok elektronik atau vape adalah kira-kira dua atau tiga kali ganda lebih daripada kandungan nikotin dalam rokok?

Terbaru, gara-gara memiliki dan menjual 90 botol cecair vape yang mengandungi nikotin pada Januari 2018 lalu, seorang pemilik sebuah syarikat penjual cecair vape telah didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret.

Pemilik Syarikat Eboy Jaya Resources, Mohd Taufik Mohd Puji, 37, yang juga selaku Orang Kena Saman (OKS) telah pun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret.

Mengikut pertuduhan saman itu, dia telah didakwa kerana dia bukanlah orang yang dilesenkan di bawah Akta Racun 1952 yakni dia tidak boleh menjual atau membekal racun dimiliki bagi jualan 90 botol cecair vape tersebut.

Dia juga telah didapati melakukan kesalahan mengikut Seksyen 13 (a) Akta Racun 1952 dan boleh dihukum dibawah Seksyen 32 (2) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara, jika sabit kesalahan.

Malah OKS juga boleh berdepan dengan hukuman penjara dua bulan jika gagal membayar denda.

Mohd Taufik Mohd Puji keluar selepas membayar denda di Mahkamah Majistret Kajang.

Kredit: Harian Metro

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas