Connect with us

Oh! Media

Jom Ketahui Apa Itu Hari Malaysia

Hari Malaysia

Trending

Jom Ketahui Apa Itu Hari Malaysia

Hari ini bersamaan 16 September 2021 merupakan cuti umum sempena Hari Malaysia. Mesti ramai yang tertanya-tanya apakah sebenarnya Hari Malaysia ini dan peristiwa apakah yang berlaku pada tarikh tersebut kan? Meh sini kami nak share..

ADVERTISEMENT

BACA : Kuiz Hari Malaysia: Jom Teka Nama Negeri Berdasarkan Makanan Popular Mereka

Sebenarnya hari bersejarah yang disambut pada tarikh 16 September setiap tahun bagi memperingati penubuhan persekutuan Malaysia. Pada tarikh yang sama tahun 1963, Tanah Melayu, Borneo Utara, Sarawak dan Singapura telahpun disatukan dan terbentuklah Malaysia.

Wakil-wakil kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura telah menandatangani Perjanjian Penubuhan Persekutuan Malaysia pada 3- Ogos 1963 dan pada 16 September 1963, Malaysia telahpun diisytiharkan di Stadium Merdeka Kuala Lumpur.

Sebelum Ini, tarikh ini merupakan cuti umum di negeri Sabah sahaja sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri dan mulai tahun 2010, seluruh negeri telahpun ditambah cuti umum sempena Hari Malaysia.

Perkara ini memang patut kita memperingati sebab ia merupakan usaha yang besar untuk membentuk Malaysia. Kalau tiada usaha-usaha dari mereka sewaktu itu, tiadalah Malaysia sekarang.

Kredit: Majlis Perbandaran Kuala Selangor

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas