Connect with us

Oh! Media

Jiran Sebelah Tak Tahan Rumah Jadi Sarang Nyamuk Akibat Kumpul Sisa Sampah Sampai Cecah Bumbung

sampah

Trending

Jiran Sebelah Tak Tahan Rumah Jadi Sarang Nyamuk Akibat Kumpul Sisa Sampah Sampai Cecah Bumbung

Menerusi satu perkongsian daripada Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Wilayah Persekutuan, pihak mereka dilaporkan telah berjaya membuat serbuan ke atas sebuah rumah di Taman Yarl, Kuala Lumpur.

ADVERTISEMENT

Lebih mengejutkan, keadaan rumah tersebut yang dipenuhi sampah dan barang kitar semula sehingga mencecah bumbung telah mengakibatkan jiran tetangga berasa tidak selesa selain menyakitkan mata bagi yang melihatnya.

rumah dipenuhi sisi kitar semula
May be an image of 2 people, people standing and outdoors

Malah, rumah tersebut turut menjadi sarang pembiakan nyamuk kerana dipenuhi sampah sarah dan air bertakung di sekitar premis.

Ketika serbuan, pasangan suami isteri itu diberi notis amaran untuk membersihkan segera sisa sampah di rumah mereka bagi memastikan keadaan bersih dan juga bebas denggi dalam tempoh tiga hari.Selain itu, kawasan di mana premis berkenaan berlokasi telah dilaporkan sebagai zon wabak denggi tidak terkawal oleh Jabatan Kesihatan DBKL Cawangan Seputih.

May be an image of 3 people and outdoors

Difahamkan, anggota penguatkuasa telah diarahkan untuk membuat serbuan ke ruman berkenaan setelah mendapat aduan daripada jiran tetangga.

Anda ada aduan mengenai perkhidmatan pengurusan sisa pepekal dan pembersihan awam? Klik pautan ini.

Kredit: Facebook

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas