Connect with us

Oh! Media

Jika Terowong SMART Tidak Ada, Keadaan Banjir Kilat Di KL Akan Lebih Teruk

smart

Oh! Tidak

Jika Terowong SMART Tidak Ada, Keadaan Banjir Kilat Di KL Akan Lebih Teruk

Siapa sangka Terowong SMART di ibu negara telah berjaya melencongkan sebanyak 5 juta meter padu air hujan dari memasuki Kuala Lumpur. Jumlah itu sangat banyak dan jika terowong ini tidak ada, mungkin keadaan banjir kilat di ibu kota lebih teruk.

ADVERTISEMENT

Jumlah isi padu air yang berjaya dilencongkan ini disahkan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Ir Dr Zaini Ujang. Terowong SMART ditutup dan diaktifkan pada jam 7.45 malam Sabtu.

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah mengaktifkan lencongan banjir dalam usaha mengurangkan impak kejadian banjir. Lencongan SMART telah mula diaktifkan sehingga mod 4 pada jam 7.45 malam 18 Disember 2021 sehingga jam 12.00 tengah hari Isnin. Lencongan telah diturunkan kepada mod 1 dengan sebanyak 5 juta meter padu air berjaya dilencongankan. – Katanya.

Untuk pengetahuan korang, ini adalah kali pertama Terowong SMART beroperasi selama lebih 3 jam sejak ia siap pada tahun 2007.

Ini merupakan satu rekod yang baru bagi Pusat Kawalan SMART JPS kerana selama lapan kali operasi mod 4 sebelum ini sejak 2007, setiap peristiwa hanya merekodkan kurang dari 3 jam operasi lencongan. Namun pada operasi mod 4 kali ini, operasi lencongan telah berlangsung selama 22 jam.

Tak dapat dibayangkan macam manalah keadaan kalau 5 juta meter padu air ni tak dilencongkan. Lihat sahaja keadaan air sungai yang masuk dan bercantum di Masjid Jamek. Itu sahaja sudah cukup membuatkan keadaan Kuala Lumpur banjir teruk.

Mungkin pihak kerajaan boleh pertimbangkan untuk membina lebih banyak terowong lencongan air seperti ini.

Kredit: Astro Awani

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

Ke Atas