Connect with us

Oh! Media

Jika Darurat Politik Berlaku, Agong Akan Ambil Alih Negara

Trending

Jika Darurat Politik Berlaku, Agong Akan Ambil Alih Negara

Nampaknya sehingga kini masih menjadi teka-teki di kalangan rakyat apabila politik negara sekali lagi digemparkan dengan sesuatu yang tidak dijangka apabila kerajaan di bawah Perikatan Nasional dikatakan akan melaksanakan darurat politik.

ADVERTISEMENT

Jika darurat politik ini benar dilakukan, ini bermakna kuasa memerintah Malaysia akan diberikan kepada Yang di-Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustaffa Billah Shah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Muhyiddin Yassin juga petang tadi sudah melakukan perjumpaan bersama Agong dan kini menantikan pengumuman rasmi.

Ia akan beri kesan kepada kestabilan kerajaan kerana kerajaan dikatakan ada 113 undi. Kalau ada dua atau tiga orang ahli parlimen yang tidak sokong, maka bajet tidak dapat diluluskan. Jika itu berlaku, ia akan menimbulkan suasana yang tidak stabil bahawa kerajaan tak dapat sokongan majoriti.

Kalau ada elemen yang mendatangkan kemudaratan kepada aspek ini, keperluan kepada perlunya darurat mungkin timbul. Kabinet boleh mengesyorkan saja manakala proklamasi darurat akan dibuat Seri Paduka mengikut Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.

Kita bukannya ada isu keselamatan dan ekonomi, ia cuma isu politik. Jadi pentadbiran akan berjalan seperti biasa dengan diketuai Seri Paduka yang mendapat nasihat daripada Kabinet. Sidang parlimen masih boleh berjalan seperti biasa, malah belanjawan juga boleh diteruskan. Atau yang kedua, Seri Paduka boleh menangguhkan sidang parlimen, namun perlu ada mekanisme lain untuk meluluskan belanjawan negara. – Kata Penganalisis Politik Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof Dr Ahmad Marthada Mohamed.

Sama-sama kita nantikan dan diharapkan politik negara dapat diredakan buat sementara waktu supaya kita dapat berikan fokus kepada penyebaran pandemik.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas