Connect with us

Oh! Media

Jenazah Konstabel Norhalim Dihantar Pulang Hari Ini, 3 Rakan Sekerja Direman Bagi Bantu Siasatan

Oh! Tidak

Jenazah Konstabel Norhalim Dihantar Pulang Hari Ini, 3 Rakan Sekerja Direman Bagi Bantu Siasatan

Jenazah anggota polis yang maut tertembak di Sibu baru-baru ini akan dibawa pulang ke Semenanjung hari ini dan dijangka tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada pukul 8 malam ini.

ADVERTISEMENT

BACA : Polis Maut Di Rumah Sewa, Masih Terduduk Di Sofa & Ada Kesan Tembakan Di Kepala

Menurut laporan Harian Metro, jenazah kemudiannya akan dibawa ke kampung halamannya yang terletak di Felda Bukit Damar, Pahang.

Khamis lalu, Konstabel Norhalim ditemui meninggal dunia dengan kesan tembakan di kepala dan masih lagi terbaring di atas sofa. Kejadian berlaku di rumah sewa rakannya di Lorong Permai Timur 9A, Sibu.

Siasatan awal mendapati mangsa pergi ke rumah rakan sekerjanya untuk berbuka puasa. Walaubagaimanapun, seorang rakannya dikatakan bergurau dengan mengacukan pistol sebelum tertembak kepala mangsa. 

Allahyarham baru saja menamatkan khusus asas konstabel polis dan telah bertugas di Sibu itu meninggalkan seorang isteri dan seorang anak berusia setahun. 

Tiga anggota polis yang berusia 21, 23 dan 27 tahun direman sehingga 14 Mei ini bagi membantu siasatan. Kes akan disiasat mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

To Top