Connect with us

Oh! Media

Jatuh Tangga Semasa Pasang Lampu Jalan, Seorang Lelaki Maut

Trending

Jatuh Tangga Semasa Pasang Lampu Jalan, Seorang Lelaki Maut

Seorang lelaki maut selepas terjatuh daripada tangga semasa sedang memasang lampu jalan di Kampung Panchor, Jerteh, malam tadi.

ADVERTISEMENT

Memetik laporan Berita Harian, Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Abdul Rozak Muhammad, berkata mangsa, Al Hassanul Bisri Mohamad, 32, dari Kampung Pasir Badak disahkan meninggal dunia kerana mengalami kecederaan di kepala kesan daripada terjatuh daripada tempat yang tinggi.

Mangsa difahamkan terjatuh dari tangga yang disandarkan pada tiang yang diletakkan atas sebuah pacuan empat roda Mitsubishi Triton ketika memasang lampu jalan di Kampung Panchor.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Abdul Rozak Muhammad

Berapa anggota polis dari Balai Polis Pasir Akar bergegas ke lokasi kejadian selepas mendapat maklumat daripada rakan mangsa dan mendapati mangsa berada di atas tanah bawah tiang lampu elektrik di hadapan sebuah rumah.

Pemeriksaan luaran dilakukan ke atas badan mangsa dan mendapati terdapat kesan luka pada belakang kepala. Mangsa dihantar ke unit forensik Hospital Daerah Besut untuk bedah siasat.

Hasil bedah siasatan mendapati punca kematian mangsa adalah disebabkan oleh kecederaan pada kepala mangsa hasil daripada terjatuh daripada tempat yang tinggi dan kematian diklarifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Tempat kejadian yang mana rakan mangsa, Mohd Nuraridzuan menemui mangsa yang terbaring di atas tanah. (sumber, berita harian)

Sementara itu, rakan mangsa, Mohd Nuraridzuan Ishak, 35 berkata, arwah sampai ke tempat kejadian kira-kira pukul 7.50 malam selepas berbuka puasa untuk membantunya memasang lampu jalan sebelum memaklumkan mangsa tersilap membawa tangga yang lebih pendek.

Saya kemudian ke situ kira-kira jam 8 malam untuk melihatnya membuat kerja dan dia minta mahu letakkan tangga atas Triton supaya mudah pasang lampu.

Selang beberapa minit, saya terdengar bunyi benda jatuh dan melihat mangsa sudah berada di atas tanah.

Arwah baru sahaja pulang ke kampung untuk berpuasa bersama keluarga kerana sebelum ini bekerja di Dungun.

Arwah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pasir Badak kira-kira jam 11 pagi tadi.

Nuraridzuan turut berkata bahawa arwah cukup terkenal dengan sifat suka menolong orang selain tidak takut atau gayat melakukan kerja di tempat yang tinggi.

Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman, Amin.

Kredit: Berita Harian

+ Baca Respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas