Connect with us

Oh! Media

Jantung Seorang Ibu Terhenti Akibat Sedutan Lemak, 4 Tahun Terlantar Di Hospital

seorang ibu

Trending

Jantung Seorang Ibu Terhenti Akibat Sedutan Lemak, 4 Tahun Terlantar Di Hospital

Seorang ibu di Turkey telah menghabiskan masa selama empat tahun di hospital kerana jantung terhenti semasa membuat rawatan sedutan lemak.

ADVERTISEMENT

BACA: Tak Sempat Naik Pelamin, Wanita Meninggal Ketika Lakukan Rawatan Sedut Lemak

Menerusi laman Mirror, Sabina Abbas, 32 telah membuat janji temu di sebuah klinik swasta di Turkey. Dia telah membuat janji temu rawatan sedutan lemak dan pembedahan hidung untuk merubah badannya supaya kelihatan lebih menarik.

Jantung tiba-tiba terhenti

seorang ibu
Sabina, 4 tahun di hospital (Foto: Mirror)

Ibu yang memiliki dua orang anak ini telah dibedah oleh seorang doktor, yang dikenali sebagai A.F di klinik tersebut pada Julai 2017.

Jantung Sabina tiba-tiba terhenti semasa pembedahan sedutan lemak dan hidung itu berlaku serentak. Doktor berjaya menghidupkan semula jantungnya selepas empat minit, dan pesakit terus dikejarkan ke hospital.

Sabina tidak menyedarkan diri semasa pembedahan berlaku, dan sekarang berada dalam keadaan koma. Rustem Abbas, suami kepada pesakit telah menyalahkan klinik tersebut atas apa yang terjadi pada isterinya.

Pesakit telah berada di hospital selama empat tahun, termasuk dua tahun di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Anak lelaki saya Demir berumur 3 bulan, anak perempuan saya berumur 2 tahun semasa isteri saya koma. Kehidupan kami huru-hara.

Jantung isteri saya terhenti selama 4 minit semasa pembedahan berlaku, doktor memberitahu bahawa isteri saya akan kembali sihat, selepas itu mereka menghantar isteri saya ke cawangan hospital lain di bandar.

Anak-anak semua menantikan kepulangan ibu mereka untuk pulang ke rumah.

Rustem juga berkata, dia tidak bersetuju apabila hospital memintanya untuk membawa pulang Sabina, selagi isterinya belum benar-benar pulih.

Kredit: Mirror

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas