Connect with us

Oh! Media

Jangkaan Kes Naik Lepas Raya Salah, KJ Ucap Tahniah Buat Rakyat Malaysia!

tahniah

Trending

Jangkaan Kes Naik Lepas Raya Salah, KJ Ucap Tahniah Buat Rakyat Malaysia!

Beberapa minggu di bulan syawal sudah berlalu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengucapkan tahniah buat rakyat Malaysia kerana berjaya mengawal jangkitan Covid-19 daripada berlarutan dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pada bulan ini.

ADVERTISEMENT

BACA: Tersebar Video Rakaman Takbir Raya, Rakyat Jangka KJ Akan Umum Kelonggaran Pakai Face Mask Semasa Raya?

Sebelum ini, ramai pihak menjangkakan bahawa kes harian akan melonjak naik selepas sambutan Aidilfitri, namun sekarang ini rakyat Malaysia berjaya membuktikan bahawa jangkaan itu salah dan kes harian berada dalam keadaan terkawal.

Rakyat Malaysia mampu menjayakan fasa peralihan endemik

tahniah

Tahniah rakyat Malaysia. Kita melihat dari segi tingkah laku rakyat Malaysia sangat baik dalam fasa peralihan endemik. Di kawasan terbuka luar pun masih lagi pakai pelitup muka.

Jadi maknanya rakyat Malaysia sudah tahu macam mana hendak hidup dengan Covid-19 dan mereka juga tahu sekiranya ada gejala, jangan keluar, jangan campur dengan masyarakat untuk asingkan diri.

Di sini nampak rakyat Malaysia memang ada kemampuan untuk menjayakan fasa peralihan ke endemik ini.

Menurut KJ, bukan sahaja pematuhan SOP yang baik dapat mengelakkan penularan Covid-19, namun faktor vaksinasi yang tinggi juga memberi kejayaan buat Malaysia mengelakkan jangkitan wabak yang membawa padah ini.

Apabila kes Covid-19 kurang di hospital, keadaan ini membolehkan kakitangan di hospital fokus kepada kes-kes yang lebih kritikal dan serius.

Apabila rakyat Malaysia sudah faham akan keadaan sekeliling dan memiliki tanggungjawab atas pematuhan SOP, hal ini membolehkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak perlu lagi menguatkuasakan undang-undang dengan memberikan kompaun kepada rakyat.

Semoga negara kita terus dilindungi daripada wabak Covid-19 dan secara perlahan-lahan kita dapat kembalikan rutih harian yang normal seperti tahun-tahun dulu.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media


Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas