Connect with us

Oh! Media

Jangan Terlalu Selesa, Vaksin Kurangkan Penularan Sehingga 40 Peratus Sahaja?

40 peratus

Trending

Jangan Terlalu Selesa, Vaksin Kurangkan Penularan Sehingga 40 Peratus Sahaja?

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan bahawa vaksin Covid-19 hanya mampu mengurangkan penularan jangkitan varian Delta sebanyak 40 peratus sahaja.

ADVERTISEMENT

BACA: Terus Patuhi SOP, Ambil Vaksin Untuk Kurangkan Jangkitan Dan Kematian?

Menerusi laporan Harian Metro, WHO telah mendedahkan penemuan terbaharu itu kerana bimbang ramai individu yang mempunyai perasaan selamat dan terlalu selesa apabila sudah divaksin.

Vaksin menyelamatkan nyawa tetapi tidak menghalang penularan sepenuhnya

40 peratus

Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus meminta mereka yang telah lengkap divaksin untuk sentiasa mengamalkan penjarakkan, memakai mask dan berjaga-jaga untuk mengelak diri daripada dijangkiti Covid-19 dan menyebarkan virus tersebut.

Kami bimbang tentang rasa selamat yang salah bahawa vaksin menamatkan wabak dan orang yang diberi vaksin tidak perlu mengambil sebarang langkah berjaga-jaga lain.

Vaksin menyelamatkan nyawa tetapi ia tidak dapat menghalang penularan sepenuhnya.

Data menunjukkan sebelum munculnya varian Delta, vaksin mampu mengurangkan penularan sebanyak kira-kira 60 peratus. Namun dengan Delta, ia semakin menurun kepada kira-kira 40 peratus.

Kini, varian Delta didapati menjadi dominan di seluruh dunia dan penularannya lebih mudah dijangkiti berbanding varian lain dan strain asal.

Sekiranya anda diberi vaksin, anda kurang dapat risiko penyakit yang teruk dan kematian yang jauh lebih rendah tetapi anda masih berisiko untuk dijangkiti dan menjangkiti orang lain.

Jadi, jika anda sudah lengkap dua dos pengambilan vaksin, teruslah jaga diri dengan langkah-langkah penjagaan yang rapi seperti memakai mask, jaga jarak dan sentiasa cuci tangan. Jangan ambil mudah akan penularan varian Delta ini kerana ia mampu menjangkiti diri atau keluarga anda.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas