Connect with us

Oh! Media

Jangan ‘Provoke’ Harimau Dahan!

harimau dahan

Trending

Jangan ‘Provoke’ Harimau Dahan!

Tular gambar seekor harimau dahan yang dipercayai berada di tepi jalan raya di Jalan Keningau-Kimanis, Kota Kinabalu Sabah.

ADVERTISEMENT

BACA: Terlalu Berani, Seorang Lelaki Serang 11 Harimau

Menerusi Laporan Sinar Harian, Pengarah Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah, Augustine Tuuga mengatakan, pihak mereka masih belum mendapat kesahihan haiwan liar itu berada di jalan raya.

Tak bahaya jika tidak diganggu atau diprovokasi

harimau dahan

Menurut Augustine Tuuga, pihaknya belum boleh sahkan gambar harimau dahan yang tular itu, kerana orang yang mengambil gambar itu tidak membuat laporan rasmi kepadanya.

Bagaimanapun, boleh jadi betul kerana kawasan itu berhampiran dengan Taman Banjaran Crocker (Keningau) dan tidak mustahil ada harimau dahan yang keluar ke jalan raya untuk bergerak dari satu tempat ke tempat lain dan kelibatnya sempat dirakam dan dimuat naik di media sosial

Jangan apa-apakan atau diganggu haiwan itu. Kesalahan ini boleh diambil tindakan di bawah Enakmen Taman-Taman Sabah kerana haiwan itu berada berhampiran dengan Taman Banjaran Crocker.

Augustine juga mengingatkan sesiapa yang terjumpa harimau itu untuk tidak mengganggunya kerana ia merupakan satu kesalahan di bawah Enakmen Taman-Taman Sabah. Haiwan itu juga tidak berbahaya jika tidak diganggu atau diprovokasi.

Jadi jangan berani-berani untuk sesiapa yang terjumpa harimau ini untuk mengacau atau pergi dekat dengannya. Takut nanti membawa padah pada diri sendiri.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas