Connect with us

Oh! Media

Jangan Panik, Air Empangan Klang Gate Melebihi Paras Bahaya Dan Dilepaskan Berperingkat

klang gate

Trending

Jangan Panik, Air Empangan Klang Gate Melebihi Paras Bahaya Dan Dilepaskan Berperingkat

Hujan lebat tanpa henti di beberapa kawasan pada waktu ini telah menyebabkan banjir yang agak teruk dari kebiasaan. Situasi ini amat membimbangkan dan jika ia berterusan, keadaan yang lebih buruk mungkin akan berlaku.

ADVERTISEMENT

Terbaru, pihak polis Daerah Ampang Jaya telah mengeluarkan amaran siap siaga untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Ini selepas, Empangan Klang Gate Hulu Kelang berikutan proses pelepasan air yang kini melepasi tahap bahaya.

Sebanyak 25 peratus dari jumlah keseluruhan air dalam empangan itu sudahpun dilepaskan secara berperingkat. Pelepasan ini terpaksa dilakukan bagi mengelak dari berlaku perkara tidak dingini.

Orang ramai yang duduk berdekatan empangan jangan panik

Semua pegawai dan anggota itu akan terbabit dalam menghadapi sebarang kemungkinan khususnya di Taman Melawati dan kawasan berhampiran. Saya minta orang ramai untuk tidak panik dan pelaksanaan proses melepaskan air empangan dilaksanakan secara berhati-hati mengikut prosedur ditetapkan. – Kata Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak.

Jika berlaku apa-apa kejadian kecemasan, anggota polis akan segera dikerahkan pada bila-bila masa untuk salurkan bantuan kepada orang ramai terutamanya penduduk di kawasan IPD Ampang Jaya.

Semoga keadaan hujan lebat ini berakhir dan marilah sama-sama berdoa agar kita dijauhkan dari bencana.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas