Connect with us

Oh! Media

Jangan Komen Dulu Sehingga Dengar Penjelasan Ini – DG Hisham

Trending

Jangan Komen Dulu Sehingga Dengar Penjelasan Ini – DG Hisham

Semalam kecoh lagi di media sosial bila tersebar 2 gambar yang menunjukkan pekerja asing yang memakai gelang pink dilihat bebas berada di tapak pembinaan.

ADVERTISEMENT

Disebabkan itu juga, ramai yang mengecam KKM dan kerajaan tanpa usul periksa.

Baca dulu apa yang dijelaskan oleh DG Noor Hisham ni.

Menurut kenyataan DG Hisham, seramai 264 daripada 273 orang pekerja yang bekerja di tapak pembinaan telah disaring melalui saringan surveilance tapak bina dan mereka semua berada di dalam tapak bina sahaja dan tidak dibenarkan keluar.

Menjawab persoalan gelang pink itu pula adalah hanya sebagai tanda untuk memberitahu mereka bukan warganegara dan mengelakkan mereka keluar dari tapak bina tu. Kalau korang tengok gambar tu pun, sudah jelas menunjukkan mereka berada dalam tapak bina dan bukannya berada di tempat awam.

Pihak pemaju telah diminta untuk memastikan kesemua yg disaring berada dalam kawasan tapak bina. Dua orang pengawal keselamatan diletak di pintu masuk tapak bina dan pihak polis IPD wangsa maju juga melakukan pemantauan setiap hari.

Pemaju juga dinasihatkan untuk melakukan kerja-kerja disinfeksi.
Pada 13/11/2020 sehingga 15/11/2020 pemaju telah memberhentikan operasi buat sementara waktu untuk memberi laluan kepada kerja-kerja pembersihan dan nyah cemar sehingga keputusan saringan diperolehi pada 15/11/2020. – Jelasnya.

Bahkan, gelang pink ini juga telahpun dipotong pada 15 November lalu selepas proses saringan selesai. Hasilnya terdapat satu kes positif dan individu terbabit tak tinggal di tapak bina, tetapi menetap di luar.

Jadi, jangan panik dan pastikan info yang korang dapat adalah dari sumber yang tepat.

Kredit: Facebook Noor Hisham Abdullah

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas