
Oh! Tidak
“Jangan Dalam Keseronokan Sambut Hari Raya Korban Penyebab Kita Pun Akan Sama-Sama ‘Terkorban’” – Noor Hisham
Oleh
Pada
Tak lama lagi, Hari Raya Aidiladha akan tiba dan kita tidak dibenarkan lagi menyambut seperti tahun-tahun sebelumnya untuk kebaikan bersama.
ADVERTISEMENT
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah menasihatkan agar kita semua tidak mengulangi sikap tidak bertanggungjawab pada sambutan Hari Raya Aidiladha tahun ini.
Jangan pula dalam keseronokan menyambut Hari Raya Korban menyebabkan kita sama-sama ‘terkorban’.
Masyarakat diingatkan bahawa larangan rentas daerah dan negeri masih lagi berkuat kuasa. Begitu juga larangan kunjung-mengunjung bagi menyambut perayaan.
Apapun, jangan pentingkan diri sendiri. Kita masih belum menang dan wabak ini masih lagi ada disekeliling kita. Patuh SOP yang telah ditetapkan ya semua.
Kredit: Kosmo
Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...
Topik berkaitan:aidiladha, covid19, DrNoorHisham, Perayaan
