Connect with us

Oh! Media

Jalan Sesak Hampir 4km, Lelaki Maut Dalam Kemalangan Babitkan Tiga Treler, Dua Kenderaan

Trending

Jalan Sesak Hampir 4km, Lelaki Maut Dalam Kemalangan Babitkan Tiga Treler, Dua Kenderaan

Seorang lelaki disahkan maut selepas terlibat dalam satu kemalangan yang membabitkan lima kenderaan termasuk tiga treler sekitar awal pagi tadi.

ADVERTISEMENT

BACA: Kereta ‘Total Lost’, Tiga Beranak Maut Kemalangan Dengan Lori Dua Tan

Memetik laporan daripada Bernama, kejadian kemalangan itu berlaku di di KM382.3 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah Selatan, berhampiran Slim River.

Dalam pada itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Perak melaporkan bahawa pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 1 pagi sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Slim River dikerahkan ke tempat kejadian.

Setibanya di lokasi, didapati kemalangan membabitkan tiga treler muatan besi, sebuah Nissan X-trail dan Proton Iris. Seorang lelaki berumur 44 tahun telah tersepit dan disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan yang turut dikejarkan ke tempat kejadian.

Mangsa yang tersepit telah dikeluarkan dengan peralatan khas dan penggunaan dua kren. Mayat mangsa telah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Dalam pada itu, kemalangan tersebut juga telah menyebabkan kesesakan lalu lintas sepanjang empat kilometer selepas kesemua lorong terhalang disebabkan oleh kerja-kerja mengalih kenderaan yang terlibat dengan kemalangan dilakukan.

Untuk makluman, sehingga kini masih tiada maklumat lanjut berkaitan mangsa yang maut itu dan mayat dibawa ke hospital berhampiran untuk bedah siasat.

Kredit: Bernama | Twitter Plus

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas