Connect with us

Oh! Media

“Jika Tidak Sah, Perkahwinan Itu Terbatal”, Jais Mohon Kepada ‘100 Pasangan’ Untuk Tampil Beri Kerjasama

Trending

“Jika Tidak Sah, Perkahwinan Itu Terbatal”, Jais Mohon Kepada ‘100 Pasangan’ Untuk Tampil Beri Kerjasama

Dengan penahanan seorang bekas kakitangan awam di Bahagian Pengurusan Penguatkuasaan Jais, pada Khamis lepas, ternyata telah berjaya membongkarkan kira-kira lebih daripada 100 pasangan yang dikatakan telah bernikah menggunakan khidmat jurunikah tidak bertauliah sejak sebulan yang lalu.

ADVERTISEMENT

Sekiranya pernikahan mereka ini didapati tidak sah, mereka perlu melakukan proses selanjutnya sama ada bernikah semula atau perlu mengambil tindakan lain.

Kalau mahkamah syariah mendapati pernikahan itu sah, pasangan terbabit perlu mendaftarkan perkahwinan dan membayar denda, jika tidak sah, perkahwinan itu terbatal. – Kata Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Datuk Mohd Shahzihan Ahmad.

Shahzihan berkata, pihaknya perlu menjalankan siasatan terhadap kesemua pasangan itu dan mengambil keterangan mereka yang terlibat bagi menentukan sama ada pernikahan mereka dijalankan sah dari segi syarak atau pun sebaliknya. 100 pasangan itu juga diminta untuk tidak takut tampil ke Jais untuk membantu siasatan berkaitan perkara itu.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, ini akan memudahkan proses berkaitan dan untuk mengesahkan status perkahwinan pasangan terlibat.

Saya menyeru kepada semua terlibat, begitu juga dengan mereka yang telah sedar bahawa perkahwinan menggunakan sindiket supaya tampil kepada JAIS.

Bagi mempermudahkan segala urusan berkait dengan perkahwinan, mereka tidak perlu takut. – Kata Ahmad.

Malah, katanya lagi, kemungkinan isu yang dibongkarkan di Selangor itu turut berlaku di negeri-negeri lain.

Beliau turut berharap agar semua pihak sedar bahawa perkahwinan yang menggunakan jurunikah tidak tauliah dan individu yang turut menjadi jurunikah tidak bertauliah ini adalah satu kesalahan.

Buat kesemua 100 pasangan yang terlibat, mohon tampil untuk beri kerjasama dalam membantu siasatan. Semoga urusan kita semua dipermudahkan dan dijauhkan dari segala musibah.

Kredit: Sinar

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas