Connect with us

Oh! Media

“Jaga Diri Baik-Baik” – Pesanan Terakhir Suami Selamatkan Isteri Hamil Sebelum Jasad Ditemui Lemas

Trending

“Jaga Diri Baik-Baik” – Pesanan Terakhir Suami Selamatkan Isteri Hamil Sebelum Jasad Ditemui Lemas

“Jaga diri baik-baik.’’ Itulah ucapan yang terakhir daripada seorang suami, Md Rajihan Mohd Junaidi, 28, kepada isterinya, Khairunnisa Ibrahim, 25.

ADVERTISEMENT

Sejak beberapa hari yang lalu pasukan penyelamat bertungkus lumus mencari Md Rajihan Junaidi yang akhirnya ditemui lemas di Batu 18, Jalan Kluang-Mersing, Johor semalam.

Rajihan yang hanyut sebaik sahaja mengeluarkan isterinya yang sedang hamil itu ditemui kira-kira 15 meter dari lokasi keretanya ditemui.

Mayat kemudiannya diserahkan kepada pihak polis sebelum dirujuk ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom Kluang untuk proses bedah siasat. – Kata pihak BOMBA.

Ahli keluarga mangsa juga dikatakan telah membuat pengesahan untuk proses pengecaman.

Isteri mangsa yang sedang hamil enam bulan itu turut mengiringi jenazah ke hospital.

Sewaktu kejadian, mangsa dipercayai telah bertindak meredah air sebelum kereta jenis Proton Waja yang dinaiki mereka dibawa arus banjir. Mangsa kemudian telah memecahkan cermin kereta untuk mengeluarkan isterinya, Khairunnisa Ibrahim yang terkunci di dalam kenderaan berkenaan. 

Kemudian orang awam datang membantu menyelamatkan Khairunnisa sementara mangsa pula hanyut dibawa arus deras. Semoga arwah ditempatkan bersama orang beriman.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas