Connect with us

Oh! Media

Jadi Buruan Lelaki, Pakar Perubatan Dedah Keburukan ‘Tisu Basah’

Trending

Jadi Buruan Lelaki, Pakar Perubatan Dedah Keburukan ‘Tisu Basah’

Tidak disangkal lagi, penggunaan bahan tambahan bagi melakukan hubungan intim semakin menjadi-jadi sehingga mampu memudaratkan kesihatan.

ADVERTISEMENT

BACA: “Nak Jadi Macam Sabah?” – Pakar Perubatan Cadang PRN Di Melaka Ditangguhkan

Lebih-lebih lagi ia disalah guna oleh seseorang yang tiada hubungan perkahwinan bagi melakukan perkara terkutuk itu sehinggalah sanggup mencari ubat tambahan untuk memenuhi nafsu sendiri.

Pakar perubatan dedah keburukan guna ’tisu basah’

Salah satu barang yang kini menjadi buruan lelaki termasuklah ’tisu basah’ atau magic tissue yang sering digunakan semasa melakukan hubungan sulit.

Menurut pakar perubatan, penggunaan tisu itu secara kerap dalam tampoh jangka panjang mampu memberikan kemudaratan kepada lelaki termasuklah berdepan risiko mati pucuk.

Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia, Datuk Dr. Zainal Ariffin Omar berkata, produk tersebut dijual secara berleluasa di kedai-kedai runcit Aceh kerana permintaan tinggi dari pengguna.

Pelbagai ubat kuat telah dijual di negara ini sejak sekian lama, namun bagi produk ini mula mendapat tempat dalam kalangan lelaki kerana ia dijual dengan harga yang murah selain senang didapati.

Tambahnya, produk ini mengandungi bahan anestetik yang memberikan kesan kebas untuk sementara waktu. Bahan itu juga turut digunakan dalam bidang perubatan terutamanya sebelum melakukan pembedahan.

Bagaimanapun, jika ia digunakan dalam tempoh jangka panjang, pengguna akan berisiko berdepan dengan mati pucuk selain menyarankan agar tidak menggunakan produk tersebut.

Bimbang jika terdedah kepada golongan remaja

Selain itu, Zainal Ariffin juga turut menzahirkan kebimbangan terhadap penjualan produk tersebut yang dilihat semakin berleluasa sehingga kini.

Menurutnya, dia tidak menafikan produk tersebut adalah baik untuk kesihatan, namun risau akan memberikan pendedahan kepada golongan remaja untuk mencubanya.

Produk ini tidak bagus untuk kesihatan dan sekiranya tiada pemantauan dilakukan, golongan remaja yang sedang meningkat usia akan membeli dan mencuba produk ini.

Kita bimbang golongan remaja akan terdedah de­ngan produk ini kerana mereka dalam fasa ingin tahu atau mencuba benda baharu. Ia juga akan mendedahkan mereka dengan pergaulan bebas sekiranya tidak dipantau.

Walaubagaimanapun, beliau berharap agar pihak berkuasa sentiasa melakukan pemantauan agar produk ini tidak terjual secara mudah selain menyarankan supaya tindakan tegas perlu diambil kepada penjual.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas