Connect with us

Oh! Media

Isu ‘Periksa’ Pelajar Datang Bulan, Mufti Pulau Pinang Beri Teguran

Trending

Isu ‘Periksa’ Pelajar Datang Bulan, Mufti Pulau Pinang Beri Teguran

Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila ada pelajar membuat pendedahan mereka perlu memberi bukti jika benar-benar datang bulan. Mereka mendakwa ada segelintir guru meraba bahagian alat sulit semata-mata untuk memastikan mereka memakai pad.

ADVERTISEMENT

Perkara ini telah mengundang pelbagai respon daripada orang ramai. Ada yang menganggap sentuhan fizikal sebegitu menjatuhkan maruah pelajar manakala ada juga menganggap guru bersikap tegas kerana wujudnya pelajar yang ponteng solat.

Mufti Pulau Pinang, Dato’ Seri Dr Haji Wan Salim Wan Mohd Noor

Memetik laporan Malaysiakini, Mufti Pulau Pinang, Dato’ Seri Dr Haji Wan Salim Wan Mohd Noor berpendapat tidak wajar bagi sesiapa pun memalukan seseorang dengan memeriksa alat sulit, meskipun dengan apa-apa alasan.

Tambahnya, setiap orang mempunyai maruah diri yang perlu dihormati termasuklah hak-hak menutup bahagian sulit tubuh daripada dilihat orang lain.

Agama Islam melarang keras umatnya melihat aurat orang lain walaupun dengan alasan untuk melaksanakan kewajipan yang dituntut seperti untuk menghalang seorang pelajar perempuan daripada berdalih untuk meninggalkan kewajipan solat.

Katanya lagi, mendirikan solat lima waktu sememangnya wajib bagi orang Islam, namun ia tidak bererti mereka boleh diperlakukan sedemikian.

Islam juga memerintahkan ibu bapa atau waris kanak-kanak membiasakan mereka menunaikan kewajipan ini sejak kecil lagi.

Malah ibu bapa dan waris disarankan memukul secara lembut kanak-kanak yang malas menunaikan solat.

Tetapi ini tidak bererti Islam membenarkan kanak-kanak diperlakukan dengan tindakan-tindakan yang boleh memalukan mereka seperti memeriksa bahagian sulit mereka untuk memastikan sama ada mereka kedatangan haid atau tidak.

Sekadar gambar hiasan

Mengulas dengan lebih lanjut, Mufti Pulau Pinang berkata, ada pelbagai cara untuk memastikan pelajar benar-benar haid seperti bertanyakan ibu bapa atau rakan-rakan.

Aurat seorang wanita Islam adalah seluruh tubuhnya kecuali muka dan telapak tangan. Setiap wanita Islam yang berakal dan sampai umur baligh adalah diwajibkan menutup aurat masing-masing.

Tambahnya, tiada sesiapa dibenarkan melihat aurat seorang perempuan kecuali suaminya yang sah. Malah, perbuatan menceroboh kehormatan seseorang menurut Islam adalah haram.

Kredit: Malaysiakini

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas