Connect with us

Oh! Media

Isteri Shuk Mendakwa Ada Individu Cuba Hantar Sihir

Trending

Isteri Shuk Mendakwa Ada Individu Cuba Hantar Sihir

Isteri kepada pelawak dan pelakon Shuk Sahar iaitu Rossalennah Natassyiah Asshaferah mendakwa ada individu yang cuba melakukan perbuatan syirik dengan menghantar sihir kepadanya.

ADVERTISEMENT

Perkara ini dikongsikan oleh Rossalennah atau lebih mesra dengan nama panggilan Sera melalui laman Instagramnya yang menunjukkan beberapa bungkusan kecil diikat dengan tali berwarna hijau.

“Untuk si pembuat yang macam ini, saya tak tuduh siapa-siapa. Semoga cepat bertaubat. Jangan buat syirik nak hantar santau sampai rumah,” katanya.

Video yang dimuat naik oleh Sera di laman Instagramnya itu telah mendapat perhatian netizen, kerana tidak menyangka perkara tersebut sanggup dilakukan oleh seseorang individu.

Rata-rata netizen juga menasihati Sera supaya lebih berhati-hati dan berdoa kepada Allah untuk meminta perlindungan dan pertolongan buat keluarganya.

Terdahulu, Sera juga berkongsi beberapa hantaran di Instagram yang membayangkan kesediaannya untuk hidup bermadu dengan seorang wanita yang didakwa ‘kekasih’ Shuk.

Pada Januari lalu, tular di media sosial apabila isu rumah tangga Shuk dan isteri kecoh kerana Sera membuat pendedahan di Instagramnya yang mendakwa suaminya itu curang.

Menurut perkongsian yang dimuat naik Sera ketika itu, dia mendedahkan bahawa Shuk sedang menjalankan hubungan sulit bersama seorang wanita yang pernah dikaitkan dengannya sebelum ini.

Bagaimanapun, pasangan ini berbaik semula pada Februari selepas Shuk memohon maaf dan melakukan rombongan ‘meminang semula’ Sera di rumah untuk memperbaiki hubungan mereka.

Shuk dan Sera telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Nur Qurratu Ain, 4, dan Nur Assyifatu Aimi, setahun.

Kredit : HarianMetro

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas