Puasa Barakah Bersama
Connect with us

Oh! Media

Isteri Lapor Polis Suami Hilang, Rupanya Sibuk Luangkan Masa & Menginap Di Rumah Kekasih Gelap

Oh! Tidak

Isteri Lapor Polis Suami Hilang, Rupanya Sibuk Luangkan Masa & Menginap Di Rumah Kekasih Gelap

Siapa jer yang tak panik apabila ada antara ahli keluarga yang hilang dan tidak balik-balik ke rumah tanpa khabar berita, betul tak? Begitu juga dengan seorang perempuan dari Sumatera Selatan ini yang membuat laporan polis setelah risau akan suaminya yang tidak pulang ke rumah. 

Apa yang mengejutkan, suaminya yang berusia 30 tahun itu ditemukan dalam keadaan baik saja dan rupanya dia pura-pura hilang untuk meluangkan masa dengan kekasih gelapnya.

Walaubagaimanapun, si suami mengaku bahawa dia sengaja tidak memberitahu apa-apa khabar kepada ahli keluarganya supaya mereka anggap yang dia menjadi mangsa samun.

Dia juga mengaku sudah setahun menjalinkan hubungan dengan kekasih gelapnya yang berusia 24 tahun itu dan berlaku curang kerana tidak dapat menahan nafsu disebabkan isterinya baru bersalin bulan lepas. 

Si isteri memohon maaf kerana menyusahkan pelbagai pihak untuk mencari suaminya yang koonnha hilang. Dia juga terkejut dan kecewa dengan sikap suaminya.

Kredit: Tribun News

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

ADVERTISEMENT

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

To Top