Connect with us

Oh! Media

Istana Negara Diserang Dua Individu?

Istana Negara

Trending

Istana Negara Diserang Dua Individu?

Pihak keselamatan di Pintu 3 Istana Negara dengan pantas mengambil tindakan terhadap dua individu yang kelihatan mencurigakan menaiki sebuah kereta. Apa kes ni?

ADVERTISEMENT

Menurut laporan Astro Awani, terdapat dua klip video yang kedua-keduanya berdurasi seminit menunjukkan pihak keselamatan itu menghalang dua individu tersebut untuk merempuh masuk ke situ.

Penumpang di tempat duduk hadapan cuba melarikan diri selepas kereta diundurkan pemandu namun mereka berjaya ditahan pihak keselamatan yang bertugas.

Walaubagaimanapun, perkara yang berlaku pada jam 10 pagi tadi itu merupakan sebahagian daripada simulasi Pelan Kontingensi Keselamatan (Skim Pertahanan Pengkalan) yang dilakukan pihak keselamatan Istana Negara.

Latihan rupanya! Ianya harus dibuat sebagai persiapan sekiranya perkara sebegini betul-betul terjadi. Terbaiklah!

Kredit: Astro Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas