Connect with us

Oh! Media

Instahome Sertai Keluarga Catcha Group

Trending

Instahome Sertai Keluarga Catcha Group

Catcha Group mengumumkan penyertaan Instahome ke dalam keluarga besar mereka. Instahome adalah cara baru untuk menyewa rumah di Malaysia dengan tujuan mengubah pengalaman penyewaan rumah di rantau ini.

ADVERTISEMENT

Instahome ditubuhkan oleh usahawan internet yang prolifik di Asia Tenggara, Patrick Grove dan Eric Tan pada September 2020. Patrick juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan dan pengasas bersama Catcha Group, sebuah syarikat internet Asia Tenggara yang terkemuka dan berada di sebalik syarikat-syarikat seperti iProperty, iflix, iCar Asia dan Rev Asia.

Patrick Grove, Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas bersama Catcha Group

Sebelum melancarkan Instahome, Eric adalah Chief of Staff untuk Patrick di Catcha Group, di mana beliau memimpin jabatan pelaburan syarikat itu. Sebelum ini, beliau juga pernah mengasaskan aplikasi streaming langsung yang disokong oleh Catcha, VIP Live di Indonesia dan juga merupakan Ketua SEA untuk sebuah syarikat analisis aplikasi mudah alih yang berpusat di London, Reflection.io.

Kajian dan penyelidikan yang dijalankan berbulan-bulan sebelum penubuhan usaha ini telah membuktikan proses sewaan rumah sedia ada adalah sangat mengecewakan penyewa di Malaysia. Kebanyakan pengalaman menyewa rumah diganggu oleh sebab-sebab seperti
senarai palsu dan/atau tidak tepat, gambar yang mengelirukan serta proses yang rumit dan terlalu manual.

Berikutan permasalahan ini, Instahome dilahirkan dengan idea ingin memanfaatkan penyewa dengan penggunaan reka bentuk dan teknologi yang dapat meningkatkan pengalaman menyewa rumah secara mendadak untuk penyewa, ejen dan pemilik rumah.

Melalui kajian yang dilakukan oleh pasukan Instahome bersama 200 orang penyewa di Lembah Klang sebelum pelancaran, statistik yang mengejutkan adalah 60 peratus penyewa mengadu bahawa kualiti senarai rumah di portal hartanah yang sedia ada adalah kekecewaan terbesar mereka ketika mencari rumah sewaan.

“Sebagai sekumpulan penyewa yang kecewa, kami bertanya pada diri sendiri, Apakah pengalaman impian kami semasa menyewa rumah?” dan kami menyedari bahawa industri sewaan yang sedia ada belum selaras dengan zaman sekarang,” kata CEO dan pengasas bersama Instahome, Eric Tan.


Ciri-ciri utama tambahan di Instahome merangkumi:

-Lawatan maya 3D, gambar definisi tinggi (HD) dan video dari setiap rumah yang disenaraikan

-Menjadualkan lawatan ke rumah melalui platform

-Menyewa secara dalam talian, tanpa memerlukan kertas kerja

-Mencari dan mengaturkan perkhidmatan penyelenggaraan

-Membayar sewa pada tepat masa untuk menebus ganjaran dan membina profil kredit

Selain itu, masalah utama lain di portal hartanah sedia ada adalah senarai rumah bertindan. Oleh sebab pemilik rumah biasanya akan menghubungi beberapa ejen untuk mencari penyewa untuk rumah sewa yang sama, kemudian, ejen-ejen ini akan menyenaraikan unit rumah yang sama dalam iklan.

Keadaan ini menyebabkan pengalaman pencarian yang mengerikan untuk bakal penyewa, di mana seseorang itu telah membazirkan beberapa jam
untuk bertanya pada unit rumah yang sama tanpa sedar.
“Pada masa lalu, beberapa ahli kumpulan kami telah pernah berpengalaman mengunjungi rumah yang sama sebanyak dua kali (malah ada tiga kali!) dengan ejen berlainan ketika mereka mencari rumah sewa.

Kejadian ini disebabkan oleh alamat rumah tidak dinyatakan semasa pencarian senarai rumah. Ini banyak membazirkan masa dan usaha
untuk semua pihak yang terlibat. Oleh itu, kami memastikan semua senarai di Instahome dalah unik.

Setelah ejen rakan kongsi kami menyenaraikan sesebuah rumah dengan kami, kami akan menolak permintaan senarai unit yang sama dari ejen lain. Bagi pihak ejen, mereka hanya memerlukan 1 minit sahaja untuk menyenaraikan rumah sewaan mereka dengan Instahome – maklumat yang kami perlukan hanya alamat rumah, syarat-syarat sewaan dan deposit.

Kami akan menguruskan yang seterusnya kemudian. Kami ingin
memastikan ejen dapat mencari penyewa dengan cara yang paling berkesan. Kami sangat bersyukur kerana telah mendaftarkan lebih daripada 100 orang ejen dari seluruh Lembah Klang untuk bekerjasama dengan kami secara rasmi semasa pelancaran. Kami mengharapkan lebih ramai ejen yang berminat untuk bekerjasama sebaik sahaja portal kami
berlangsung. Kami ingin menyewa rumah semudah seperti membeli T-shirt dalam talian,” tambah Tan.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas