×
Puasa Barakah Bersama
Connect with us

Oh! Media

Instafamous Rentas Negeri Beri Keterangan Palsu, Boleh Dikompaun Jika Disabitkan Kesalahan

Oh! Tidak

Instafamous Rentas Negeri Beri Keterangan Palsu, Boleh Dikompaun Jika Disabitkan Kesalahan

Baru-baru ini tular di media sosial berhubung dengan satu pasangan yang dipercayai merentas negeri bertujuan untuk berbulan madu.

Terkini, pasangan berkenaan akan dikenakan kompaun kerana didapati memberikan keterangan palsu berkaitan alasan memohon kebenaran untuk merentas negeri, lapor akhbar Harian Metro.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, siasatan secara menyeluruh mendapati wujud keraguan berdasarkan keterangan yang diberikan oleh pasangan berkenaan kepada polis pada 20 Mac lalu.

“Polis membuka kertas siasatan terhadap kedua-dua individu terbabit mengikut Seksyen 22(d) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342)”

“Jika disabitkan kesalahan, pasangan ini boleh dikenakan kompaun sehingga RM 10,000” 

Dilaporkan, pasangan ini telah membuat membuat tempahan hotel lebih awal secara online pada Disember 2020 untuk menyambut ulang tahun perkahwinan pada 17 Mac lalu.

Berikutan isu ini, pihak polis menasihatkan orang ramai tidak menyalahgunakan kebenaran rentas negeri dengan membuat aktiviti yang bersifat peribadi atau apa-apa yang bercanggah dengan alasan yang diberikan kepada polis sewaktu memohon kebenaran rentas negeri.

Terdahulu, tindakan pasangan suami isteri ini dikecam warganet kerana dikatakan mereka merentas negeri untuk tujuan berbulan madu di kawasan peranginan di Johor.

Kredit : Harian Metro

ADVERTISEMENT

+Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Penulis di Oh! Media. Berkongsi mengenai isu viral dan info terkini

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

To Top