Connect with us

Oh! Media

“Inilah Syurga Kami” – Suami Bina Sendiri Rumah, Perkongsian Wanita Ini Tarik Perhatian

Trending

“Inilah Syurga Kami” – Suami Bina Sendiri Rumah, Perkongsian Wanita Ini Tarik Perhatian

Seorang wanita menarik perhatian netizen apabila berkongsi kisah di mana suami membina sendiri rumah sedikit demi sedikit untuk mereka berteduh. Perkongsian di laman Tukang Apa Hari Ini sehingga kini mendapat lebih 200 shares dan 800 komen.

ADVERTISEMENT
tukang apa hari ni

Rata-rata meluahkan rasa kagum dengan sikap positif wanita ini walaupun hidup sederhana sahaja. Malah, rumah yang dibina tersebut tiada bekalan elektrik dan jauh daripada jalan utama.

Katanya, sebelum ini dia mencuba nasib tinggal di Selangor selama 5 tahun namun mengambil keputusan kembali semula ke kampung. Dia nekad menggadai semua barang kemas demi membaiki rumah tersebut.

Jelasnya lagi, selama dua tahun tinggal di rumah berkenaan, dia hanya menggunakan penjana elektrik yang dipasang 3 hari sekali untuk mengecaj lampu.

Meskipun begitu, dia sangat bersyukur kerana tidak terbeban dengan sewa rumah. Pendapatan suami sebagai penoreh getah cukup untuk menampung mereka sekeluarga.

Kredit: Nor Sapina Mohd Yaacop

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas